Jump to Content

Sijil Profesional Reka Bentuk UX Google

ux-design-course-ms-ms-img-1

Dapatkan pekerjaan sebagai pereka UX dengan bantuan Google

Dengan kerjasama Coursera

Mulakan kerjaya dalam bidang reka bentuk pengalaman pengguna (UX) dengan sijil daripada Google. Pelajari asas reka bentuk UX, termasuk membina kerangka dan prototaip serta menjalankan penyelidikan untuk menguji reka bentuk anda.

Bagaimana kursus ini dijalankan

 

Tiada pengalaman berkaitan diperlukan

100% pembelajaran dalam talian

Pembelajaran tidak melebihi 10 jam seminggu

Tingkatkan kualiti resume anda dengan sijil daripada Google

Ringkasan Kursus

ux-design-course-ms-ms-img-2

Sijil Profesional Reka Bentuk UX

7 kursus | 243 jam

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Ketahui konsep asas reka bentuk UX, termasuk reka bentuk mesra pengguna, proses mereka bentuk dan ketersampaian. Kenal pasti tanggungjawab kerja pereka UX peringkat permulaan dan rakan kerja lain yang anda mungkin kerja bersama dan mula membina kehadiran profesional dalam talian.

Kursus

  • Pengenalan kepada Reka Bentuk Pengalaman Pengguna (UX)
  • Proses Reka Bentuk UX
  • Pembinaan Kerangka dan Prototaip
  • Penyelidikan UX dan Menguji Konsep Awal
  • Penggunaan Figma untuk Mencipta Reka Bentuk dan Prototaip
  • Penggunaan Adobe XD untuk Mereka Web Responsif
  • Persiapan Kerja
Mulakan pembelajaran di Coursera

Kursus ini mengandungi

 

Latihan praktikal

Kuiz dan tugasan

Penilaian

ux-design-course-ms-ms-img-4

Dapatkan pekerjaan dengan sijil dalam reka bentuk UX

Pereka bentuk pengalaman pengguna (UX) menjadikan teknologi lebih mudah dan mesra digunakan. Pereka bentuk UX menghasilkan produk dan alatan supaya lebih mudah diakses pengguna.

  • Pereka bentuk pengalaman pengguna (UX)
  • Pereka bentuk antara muka pengguna (UI)
  • Pereka bentuk interaksi
  • Pereka bentuk visual
  • Pereka produk

Laluan pantas menuju kerjaya terhangat

  • Lengkapkan sijil-sijil Google Career Certificates di Coursera mengikut masa dan kesesuaian anda.

  • Dapatkan akses kerjaya dengan majikan terbaik melalui Konsortium Majikan Gemilang.

ux-design-course-ms-ms-img-5
TESTIMONI

“Program pensijilan ini sesuai dengan jadual saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan turut membantu membina semua keyakinan saya untuk kembali bekerja.”

Syuhadah Binti Mohamed mempunyai Sijil Profesional Reka Bentuk UX Google

Berhubung dengan majikan

123RF
Amanz
Astro Awani
Carsome
Cloud Mile
Crestar Education
Fave
Group M
Inmagine
Jirnexu
Maybank
McDonalds
Mechanikos
Mediabrands
Monacal
Omnicom Media Group
Orius Digital
Petronas
PHD
PIXLR
Rev Media Group
Senheng
Skill Quotient
Soya Cincau
Star Media Group
Storehub
The Lorry
Play animation Pause animation

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan?

Klik pada mana-mana logo berikut untuk melawat laman web rakan kongsi biasiswa kami.

Ikuti arahan yang diberikan di laman web Women in Tech, Trainocate atau Yayasan Tunku Abdul Rahman dan hantar permohonan anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada rakan kongsi kami dan anda boleh mula belajar di Coursera.

Rakan kongsi institusi pendidikan

  • eakehdlwj52zvfqoaewca7ervazimfo2-z61qgx7odi-ry6zbai8eglhjxtgwcfkctk-nv3fttz4l-nf4aluc8jtkq3e-yjnjirxn5mrww8xox9fig.webp
  • yx1elqtrnda8ayxajsu9exkecfi-0ggmulaovomew8f2bxzpqyywouic-coq2xbaoeryywyusjh1qadsureiljwo5sq7sjjrd-1u8-vx3fr6jo81qpe.webp
  • yml4uhusres6sg57pyq1jgjpw0ajufuilwbjltpglyne0i-x9pjro8ys2pogaarx20kwlu002lxpfhgl4bdw07mpwb0ccvrol-30kdlaistgk0db0z0.webp

Rakan kongsi biasiswa kerajaan & NGO

  • qwu6giapzr-5adq3rlwmfg2pyyus2qjo-x9x3fwdtwoajrxyh3j1br1rb25-m23tnj0jbb7-ciizukz2qusn6dbhwlyxmvpbtmwijfyzj-6rjv7g-9i.webp
  • m6gz9q8xnffh17dakf4rhf8fa0w-lvsqmxp0mxkvi3lpuasfzfwl9dupifla-gswnwu8yqshulasldmsx0ikqqtlveyzvo8lgyseyikauknnacb9oy.webp
  • q-y65wglxwzqtxuyxu5vij-k2ttom2c6qc98ybrqzd7iagdx8dutrapt-efrgde9gsr5ycjfzolndtgwohrdriqkqp1s3-i43jkfrxjyjtvb63gip3c.webp
  • t0swttwuwhcwakwzcthwjlkwff78au5ahm5rif-qrvtpr89tegcgwzcdomkvntpxcktvmwpfhbzyixv4uqg9qqjymqozig5ltcc5jskuokxlqfonf0g.webp
  • s3-omaaayklasxzbhgo0-5lphjj4nn42l8ssutsrgs6peigfdhyo8gtqsnspv8u2m8wkuvowe0ydeeldl669uow3xeeqi8peentkc7k1zuirxcvkhfy.webp

Rakan kongsi biasiswa organisasi

  • k3sb15e-5oidrooo7b292eut3cmhbti-o-qtq13tnimjjxjhl8rgf2ougpvnvrlawvdav0tjw4w9qs4zfjokfp4pdkre87gmpx1jouft4iciabgjlho.webp
  • 88q4vtwbse86nfsto-gdpazqkehvvmn9oljxalb-u18w3ytpyc-b5hskzcn21qukdhqy0yh4lbusehgpyeyapjzzolhfjcabapoypwosnpck0vlykk8.webp

Soalan lazim

Apakah itu pereka bentuk pengalaman pengguna (UX)?

Pereka bentuk pengalaman pengguna (UX) menumpukan pada pengalaman pengguna semasa menggunakan produk seperti laman web, aplikasi dan objek fizikal dengan menjadikan interaksi harian lebih mesra dan mudah. Peranan pereka bentuk UX peringkat permulaan termasuk melahirkan idea bagi menangani masalah pengguna, melakukan kajian dengan pengguna dan mereka bentuk kerangka dan prototaip.

Kursus ini sesuai untuk siapa?

Anda! Tiada pengalaman terdahulu diperlukan. Jika anda gemar menghasilkan pengalaman pengguna aplikasi, laman web dan produk fizikal yang lebih baik, kursus ini untuk anda.

Apakah alatan dan platform yang diajar dalam kursus ini?

Figma dan Adobe XD ialah alat reka bentuk yang diajar dalam kursus ini. Aplikasi seperti Google Sheets, Google Docs dan Google Slides juga akan digunakan. Sepanjang kursus ini, anda akan membina portfolio profesional menggunakan platform pilihan untuk mempamerkan hasil kerja reka bentuk UX anda.

Adakah kursus ini ditawarkan dalam bahasa lain? 

Kursus ini pada masa kini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris dan kami sedang berusaha untuk menawarkannya dalam bahasa lain.

Berapakah kos Sijil Reka Bentuk Google UX?

Di Malaysia, kos langganan ialah $29 USD sebulan selepas tempoh percubaan 7 hari awal tanpa sebarang kos. Sijil Kerjaya Google adalah mengikut kadar kendiri sepenuhnya, dan ramai pelajar menyiapkan Sijil mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Di negara lain yang menyediakan Sijil Kerjaya Google, kos anda mungkin lebih rendah. Untuk melihat kos sebenar dalam mata wang tempatan anda, sila lawati halaman Coursera dan lihat pilihan pendaftaran.