Jump to Content

Google AI Essentials

ai-essentials-ms-my-img-1

Tingkatkan produktiviti anda di tempat kerja dengan bantuan Google

Dengan kerjasama Coursera

Penat dengan kerja yang menimbun di pejabat? Rasa seperti masa tak pernah cukup untuk fokus pada perkara yang penting? Kami faham. Dengan Google AI Essentials, anda akan mempelajari cara menggunakan generatif AI bagi membantu mempercepatkan urusan harian, membuat keputusan termaklum, dan mengembangkan dan membangunkan idea dan kandungan.

  • Pelajari daripada pakar AI di Google
  • Lengkapkan kursus mengikut keselesaan anda
  • Tiada pengalaman berkaitan diperlukan
Daftar di Coursera Bantuan kewangan disediakan

Bagaimana kursus ini dijalankan

 

Tiada pengalaman berkaitan diperlukan

100% pembelajaran dalam talian

Pembelajaran tidak melebihi 10 jam seminggu

Tingkatkan kualiti resume anda dengan sijil daripada Google

Teroka apa yang bakal dipelajari

Video preview image

Link to Youtube Video (visible only when JS is disabled)

Tingkatkan produktiviti anda dengan kemahiran AI

Pelajari daripada pakar AI di Google untuk meningkatkan kemahiran AI dan kekal relevan. Lengkapkan dengan pengetahuan AI dan cara menggunakan AI untuk mengendalikan tugas di pejabat.
21x

Peningkatan pencarian pekerja menggunakan teknologi AI

1.75

Purata penjimatan jam setiap hari dilaporkan oleh pekerja yang menggunakan AI generatif

AI Essentials

AI Essentials

5 kursus | Dalam talian

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Dalam masa bawah 10 jam, anda akan pelajari cara menggunakan AI generatif untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anda. Anda juga akan belajar menulis 'prompt' yang berkesan dan menggunakan AI dalam cara yang sepatutnya dengan mengenal pasti bias terhadap AI.

Kursus

  • Pengenalan terhadap AI
  • Memaksimumkan Produktiviti Dengan Peralatan AI
  • Teroka Cara Berinteraksi dengan AI generatif
  • Menggunakan AI Secara Bertanggungjawab
  • Kekal Relevan dalam Kemajuan AI
Mulakan pembelajaran di Coursera

Mulakan dengan kemahiran AI

  • Dapatkan Sijil Google AI Essentials dan tambahkan ke dalam resume anda sebagai bukti kemahiran anda.

  • Jalani pengalaman amali dan gunakan kemahiran AI dan meningkatkan produktiviti anda.

Berhubung dengan majikan

123RF
Amanz
Astro Awani
Carsome
Cloud Mile
Crestar Education
Fave
Group M
Inmagine
Jirnexu
Maybank
McDonalds
Mechanikos
Mediabrands
Monacal
Omnicom Media Group
Orius Digital
Petronas
PHD
PIXLR
Rev Media Group
Senheng
Skill Quotient
Soya Cincau
Star Media Group
Storehub
The Lorry
Play animation Pause animation

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan?

Klik pada mana-mana logo berikut untuk melawat laman web rakan kongsi biasiswa kami.

Ikuti arahan yang diberikan di laman web Women in Tech, Trainocate atau Yayasan Tunku Abdul Rahman dan hantar permohonan anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada rakan kongsi kami dan anda boleh mula belajar di Coursera.

Rakan kongsi institusi pendidikan

  • eakehdlwj52zvfqoaewca7ervazimfo2-z61qgx7odi-ry6zbai8eglhjxtgwcfkctk-nv3fttz4l-nf4aluc8jtkq3e-yjnjirxn5mrww8xox9fig.webp
  • yx1elqtrnda8ayxajsu9exkecfi-0ggmulaovomew8f2bxzpqyywouic-coq2xbaoeryywyusjh1qadsureiljwo5sq7sjjrd-1u8-vx3fr6jo81qpe.webp
  • yml4uhusres6sg57pyq1jgjpw0ajufuilwbjltpglyne0i-x9pjro8ys2pogaarx20kwlu002lxpfhgl4bdw07mpwb0ccvrol-30kdlaistgk0db0z0.webp

Rakan kongsi biasiswa kerajaan & NGO

  • qwu6giapzr-5adq3rlwmfg2pyyus2qjo-x9x3fwdtwoajrxyh3j1br1rb25-m23tnj0jbb7-ciizukz2qusn6dbhwlyxmvpbtmwijfyzj-6rjv7g-9i.webp
  • m6gz9q8xnffh17dakf4rhf8fa0w-lvsqmxp0mxkvi3lpuasfzfwl9dupifla-gswnwu8yqshulasldmsx0ikqqtlveyzvo8lgyseyikauknnacb9oy.webp
  • q-y65wglxwzqtxuyxu5vij-k2ttom2c6qc98ybrqzd7iagdx8dutrapt-efrgde9gsr5ycjfzolndtgwohrdriqkqp1s3-i43jkfrxjyjtvb63gip3c.webp
  • t0swttwuwhcwakwzcthwjlkwff78au5ahm5rif-qrvtpr89tegcgwzcdomkvntpxcktvmwpfhbzyixv4uqg9qqjymqozig5ltcc5jskuokxlqfonf0g.webp
  • s3-omaaayklasxzbhgo0-5lphjj4nn42l8ssutsrgs6peigfdhyo8gtqsnspv8u2m8wkuvowe0ydeeldl669uow3xeeqi8peentkc7k1zuirxcvkhfy.webp

Rakan kongsi biasiswa organisasi

  • k3sb15e-5oidrooo7b292eut3cmhbti-o-qtq13tnimjjxjhl8rgf2ougpvnvrlawvdav0tjw4w9qs4zfjokfp4pdkre87gmpx1jouft4iciabgjlho.webp
  • 88q4vtwbse86nfsto-gdpazqkehvvmn9oljxalb-u18w3ytpyc-b5hskzcn21qukdhqy0yh4lbusehgpyeyapjzzolhfjcabapoypwosnpck0vlykk8.webp

Soalan Lazim

Apa itu AI?

AI merupakan singkatan kepada teknologi kecerdasan buatan. AI mempunyai potensi dalam mengautomasikan operasi dan tugasan yang sifatnya berulang-ulang. Penggunaan teknologi AI juga boleh membantu anda menyelesaikan tugasan kompleks, mempercepatkan lagi menyiapkan tugasan tersebut agar anda mempunyai lebih masa untuk hal-hal yang lebih penting terutamanya matlamat besar dalam hidup anda.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan AI untuk merumuskan nota, menganalisa spreadsheet yang padat, dan membangunkan lampiran penyampaian dengan cara lebih menarik. Anda juga boleh menggunakan AI untuk merangka laporan jualan dan berkongsi 'insight' utama dengan rakan pejabat dan pengurus anda. Paling menarik, anda tak perlukan kemahiran pemprograman untuk semua ini!

Apa itu AI Generatif?

AI Generatif merupakan sejenis AI yang digunakan untuk mencipta kandungan baharu seperti teks, imej, atau media lain berdasarkan contoh yang pernah digunakan sebelum ini. Ada peralatan AI yang hanya menerima teks atau ucapan sebagai sumber, ada juga yang turut boleh menggunakan video atau imej.

Antara ciri menarik AI generatif ini adalah anda boleh memberikan arahan kepada mereka menggunakan bahasa semula jadi, atau turut dikenali sebagai prompt. Ini bermaksud, tiada pengetahuan kod diperlukan. Dalam kursus Google AI Essentials, anda akan belajar cara berkomunikasi dengan AI generatif seperti Gemini, dan menggunakan prompt untuk bertanya soalan kepada Gemini, malah boleh berbincang idea dengannya.

Di pejabat, anda boleh menggunakan AI generatif untuk mendapatkan inspirasi bagi idea anda, meningkatkan produktiviti kerja, dan menambah baik idea sedia ada. Sebagai contoh, anda boleh 'prompt' peralatan AI untuk membangunkan idea untuk tujuan promosi produk dan merangka isi penyampaian untuk menerangkan lebih lanjut tentang produk tersebut. Anda juga boleh menggunakan peralatan AI seperti penjana imej untuk mereka cipta visual bagi penyampaian anda.

Bagaimana AI membantu saya di tempat kerja? 

Pada zaman kini, AI banyak mengubah landskap tempat kerja kita. Dengan memahami lebih mendalam tentang kepentingan dan penggunaan teknologi ini, anda mampu bersaing lebih kompetitif dengan industri lain. Selain membantu dalam karier anda, AI juga memudahkan urusan kerja anda menjadi lebih produktif.

AI mampu mengambil alih tugasan rutin anda agar anda boleh menambah baik kualiti kerja anda dan membantu anda membuat keputusan termaklum, serta membangunkan kandungan baharu. Jika anda tidak tahu cara memulakan projek, anda boleh menggunakan AI sebagai kolaborasi kreatif! Anda juga boleh menggunakan AI untuk membalas semua e-mel yang semakin menimbun di dalam peti masuk anda. Dan sekiranya anda perlu membuat video baharu untuk produk anda, hanya prompt sahaja AI untuk kandungan yang relevan.

Mengapa mendaftar dalam kursus Google AI Essentials? 

Kursus ini diajar oleh sekumpulan pakar AI di Google. Di dalam 10 jam, pakar-pakar ini anda ajarkan anda pelbagai pengetahuan dan cara penggunaan AI. Melalui video dan latihan praktikal, anda akan mempelajari cara untuk mempercepatkan tugasan harian anda, menggunakan AI dengan bertanggungjawab, dan memilih peralatan AI yang sesuai dengan keperluan kerjaya anda.

Kursus yang disediakan mengikut keselesaan ini mudah diakses oleh sesiapa sahaja dan disediakan dengan mengambil kira jadual anda yang sibuk. Anda tak perlukan pengalaman teknikal untuk mulakan kursus ini, namun, kemahiran yang anda pelajari bakal digunakan dalam pelbagai perkara dalam industri kerjaya anda. Selepas anda selesai dengan kursus ini, anda akan menerima sijil daripada Google yang boleh dikongsi kepada rangkaian kerjaya dan bakal majikan anda. Ini sebagai bukti kemahiran anda semakin berkembang!

Siapakah yang perlu mengambil kursus ini?

Anda! Tiada pengalaman terdahulu diperlukan. Kursus ini disediakan untuk sesiapa yang perlukan bantuan menguruskan bebanan kerja yang terlampau banyak sehinggakan tiada masa untuk menyelesaikan kerja dan urusan yang lebih penting. Ia diciptakan bagi sesiapa yang ingin menambah kemahiran dan meningkatkan produktiviti mereka. Dengan Google AI Essentials, anda akan membangunkan kemahiran AI yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya anda.

Apakah alatan yang diajar dalam kursus Google AI Essentials? 

Anda akan menjalani pengalaman amali menggunakan pelbagai peralatan AI bagi tugasan berbeza. Dari peralatan AI untuk perbualan sehinggalah penjagan teks ke imej, setiap aktiviti ini mempunyai peralatan AI yang bersesuaian.

Bagaimanakah kemahiran AI yang saya pelajari dalam Google AI Essentials akan digunakan dalam kerjaya saya? 

Dalam setiap modul, terdapat aktiviti amali untuk dipraktiskan menggunakan peralatan AI bagi pelbagai senario yang berbeza. Aktiviti ini memberi anda peluang membangunkan kemahiran praktikal yang akan dipakaikan dalam kerjaya atau untuk ditunjukkan kepada majikan anda. Sebagai contoh dalam modul 3. anda akan belajar mengenai kejuruteraan AI melalui peralatan perbualan AI bagi membantu anda membangunkan idea dan menjana kandungan bagi tujuan promosi produk. Anda turut akan belajar cara menggunakan AI bagi tugasan kreatif seperti aktiviti percambahan minda untuk penyampaian idea.

Apakah modul yang terdapat di dalam kurikulum Google AI Essentials? 

Google AI Essentials mempunyai 5 modul:

  • Pengenalan terhadap AI
  • Memaksimumkan Produktiviti Dengan Peralatan AI
  • Teroka Cara Berinteraksi dengan AI generatif
  • Menggunakan AI Secara Bertanggungjawab
  • Kekal Relevan dalam Kemajuan AI

Apakah yang akan saya dapat setelah melengkapkan Google AI Essentials?

Selain kemahiran menggunakan AI, anda juga akan menerima sijil daripada Google untuk dikongsi kepada rangkaian kerja dan bakal majikan anda.

Mengapakah sijil daripada Google ini bernilai? 

Mempunyai sijil daripada Google membuktikan anda sebagai pekerja mempunyai kompetensi dalam kemahiran penting ini, sekali gus turut membuktikan anda tahu menggunakan peralatan AI generatif, kejuruteraan prompt, dan menggunakan AI secara bertanggungjawab.

Bagaimana saya boleh pastikan Google AI Essential melatih saya dengan kemahiran AI terkini? 

Kami faham bahawa teknologi memang bergerak pantas. Kami pastikan semua kandungan pembelajaran kami sentiasa dikemas kini untuk kekal relevan.

Adakah Google AI Essentials merupakan kursus dalam talian?

Ya, Google AI Essentials merupakan kursus dalam talian yang boleh dilengkapkan mengikut keselesaan masa anda.

Berapakah kos Google AI Essentials? 

Di Malaysia, kos langganan ialah $29 USD sebulan selepas tempoh percubaan 7 hari awal tanpa sebarang kos. Semua Google Career Essentials adalah mengikut kadar kendiri sepenuhnya, dan ramai pelajar menyelesaikan kursus mereka dalam tempoh satu bulan.

Di negara lain yang menyediakan Google Career Essentials, kos anda mungkin lebih rendah. Untuk melihat kos sebenar dalam mata wang tempatan anda, sila lawati halaman Coursera dan lihat pilihan pendaftaran.

Di mana boleh saya mengakses Google AI Essentials?

Google AI Essentials boleh didapati di Coursera, sebuah platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan akses kepada kursus dalam talian. Google telah bekerjasama dengan Coursera bagii memastikan Google AI Essential tersedia di platform mereka.

Siapa yang mencipta Google AI Essentials? 

Google AI Essentials dicipta dan dibangunkan oleh pakar terkemuka dan pengamal AI di Google.

Bagaimana Google Career Essentials berbeza dengan Google Career Certificates? 

Google Career Essentials membantu anda membangunkan kemahiran dalam permintaan bagi mengembangkan kerjaya anda. Sama ada anda mencari kemahiran baharu untuk dimasukkan ke dalam resume, mempraktikkan kemahiran tersebut untuk menaik taraf kerjaya anda, atau semata-mata ingin belajar sesuatu yang baharu, kursus ini pastinya membantu anda meningkatkan nilai kompetensi anda.

Berbeza dengan Google Career Certificates, ia menyediakan anda peluang pekerjaan dalam bidang spesifik seperti Keselamtan Siber, Analisis Data, Pengurusan Projek, Bantuan IT dan pelbagai lagi. Ia mengambil masa tiga ke enam bulan untuk dihabiskan.