Jump to Content

Sijil Profesional Analisis Data Google

data-analytics-course-ms-my-img-1

Dapatkan pekerjaan sebagai penganalisis data dengan bantuan Google

Dengan kerjasama Coursera

Sama ada anda baru bermula atau inginkan lebih banyak kemahiran teknikal agar kerjaya anda sebagai penganalisis data maju ke peringkat seterusnya, sijil profesional daripada Google boleh membantu anda memperoleh kemahiran yang diperlukan.

Bantuan kewangan disediakan

Bagaimana kursus ini dijalankan

 

Tiada pengalaman berkaitan diperlukan

100% pembelajaran dalam talian

Pembelajaran tidak melebihi 10 jam seminggu

Tingkatkan kualiti resume anda dengan sijil daripada Google

Ringkasan kursus

Tahap asas
Tahap maju

Tahap asas

data-analytics-image-1

Sijil Profesional Analisis Data

8 kursus | 190 jam

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Dalam program ini, anda akan diperkenalkan kepada dunia analisis data melalui kurikulum praktikal yang dibina oleh Google. Anda akan mempelajari penggunaan SQL, Tableau, Pengaturcaraan R dan banyak lagi, membolehkan anda menjadi seorang penganalisis data pada peringkat permulaan.

Kursus

  • Asas: Data di mana jua
  • Tanya Soalan untuk Membuat Keputusan Berdasarkan Data
  • Menyediakan Data untuk Penerokaan
  • Memproses Data
  • Menganalisis Data untuk Menjawab Soalan
  • Perkongsian Data Melalui Pemvisualan
  • Analisis Data dengan Pengaturcaraan R
  • Melengkapkan Kajian Kes
Mulakan pembelajaran di Coursera

Tahap maju

data-analytics-image-2-my

Sijil Profesional Analisis Data Lanjutan

7 kursus | 216 jam

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Penganalisis data lanjutan dan saintis data bertanggungjawab untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir jumlah data yang sangat besar dalam organisasi. Anda akan belajar tentang:

  • Analisis regresi
  • Phyton
  • Mengekstrak pemerhatian dari data
  • Kepentingan statistik
  • Pembelajaran mesin (machine learning)

Kursus

  • Asas: Sains data
  • Mulakan dengan Python
  • Mengekstrak pemerhatian dari data
  • Kepentingan statistik
  • Memudahkan pemahaman data yang kompleks
  • Mulakan dengan pembelajaran mesin (machine learning)
  • Kajian kes
Mulakan pembelajaran di Coursera
data-analytics-image-3-my

Sijil Penganalisis Perisikan Perniagaan

3 kursus | 73 jam

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Penganalisis risikan perniagaan mencipta proses dan saluran maklumat yang membantu organisasi membuat keputusan perniagaan strategik dan operasi yang lebih baik melalui pemerhatian terkumpul. Sebagai contoh, penganalisis risikan perniagaan membina papan pemuka agar pihak berkepentingan boleh memantau hasil dan perbelanjaan harian dalam organisasi dengan lebih mudah.

Kursus

  • Asas: Penganalisis perisikan perniagaan
  • Model data
  • Papan pemuka dan laporan untuk membuat keputusan termaklum
Mulakan pembelajaran di Coursera

Kursus ini mengandungi

 

Latihan praktikal

Kuiz dan tugasan

Penilaian

qualify-job-my

Layakkan diri anda sebagai penganalisis data atau penganalisis perisikan perniagaan

Profesional data menyediakan, memproses dan menganalisis data untuk membantu perniagaan membuat keputusan. Profesional risikan perniagaan pula membantu organisasi menstruktur, mentafsir dan mencipta papan agar pihak berkepentingan boleh membuat keputusan termaklum. Bergantung pada sijil yang telah peroleh, anda mungkin layak untuk pekerjaan berikut:

  • Penganalisis data
  • Penganalisis operasi
  • Penganalisis sistem perniagaan
  • Penganalisis sains data
  • Penganalisis risikan perniagaan
  • Jurutera perisikan perniagaan
  • Pembangun risikan perniagaan

Laluan pantas menuju kerjaya terhangat

  • Lengkapkan sijil-sijil Google Career Certificates di Coursera mengikut masa dan kesesuaian anda.

  • Dapatkan akses kerjaya dengan majikan terbaik melalui Konsortium Majikan Gemilang.

Berhubung dengan majikan

123RF
Amanz
Astro Awani
Carsome
Cloud Mile
Crestar Education
Fave
Group M
Inmagine
Jirnexu
Maybank
McDonalds
Mechanikos
Mediabrands
Monacal
Omnicom Media Group
Orius Digital
Petronas
PHD
PIXLR
Rev Media Group
Senheng
Skill Quotient
Soya Cincau
Star Media Group
Storehub
The Lorry
Play animation Pause animation

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan?

Klik pada mana-mana logo berikut untuk melawat laman web rakan kongsi biasiswa kami.

Ikuti arahan yang diberikan di laman web Women in Tech, Trainocate atau Yayasan Tunku Abdul Rahman dan hantar permohonan anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada rakan kongsi kami dan anda boleh mula belajar di Coursera.

Rakan kongsi institusi pendidikan

  • eakehdlwj52zvfqoaewca7ervazimfo2-z61qgx7odi-ry6zbai8eglhjxtgwcfkctk-nv3fttz4l-nf4aluc8jtkq3e-yjnjirxn5mrww8xox9fig.webp
  • yx1elqtrnda8ayxajsu9exkecfi-0ggmulaovomew8f2bxzpqyywouic-coq2xbaoeryywyusjh1qadsureiljwo5sq7sjjrd-1u8-vx3fr6jo81qpe.webp
  • yml4uhusres6sg57pyq1jgjpw0ajufuilwbjltpglyne0i-x9pjro8ys2pogaarx20kwlu002lxpfhgl4bdw07mpwb0ccvrol-30kdlaistgk0db0z0.webp

Rakan kongsi biasiswa kerajaan & NGO

  • qwu6giapzr-5adq3rlwmfg2pyyus2qjo-x9x3fwdtwoajrxyh3j1br1rb25-m23tnj0jbb7-ciizukz2qusn6dbhwlyxmvpbtmwijfyzj-6rjv7g-9i.webp
  • m6gz9q8xnffh17dakf4rhf8fa0w-lvsqmxp0mxkvi3lpuasfzfwl9dupifla-gswnwu8yqshulasldmsx0ikqqtlveyzvo8lgyseyikauknnacb9oy.webp
  • q-y65wglxwzqtxuyxu5vij-k2ttom2c6qc98ybrqzd7iagdx8dutrapt-efrgde9gsr5ycjfzolndtgwohrdriqkqp1s3-i43jkfrxjyjtvb63gip3c.webp
  • t0swttwuwhcwakwzcthwjlkwff78au5ahm5rif-qrvtpr89tegcgwzcdomkvntpxcktvmwpfhbzyixv4uqg9qqjymqozig5ltcc5jskuokxlqfonf0g.webp
  • s3-omaaayklasxzbhgo0-5lphjj4nn42l8ssutsrgs6peigfdhyo8gtqsnspv8u2m8wkuvowe0ydeeldl669uow3xeeqi8peentkc7k1zuirxcvkhfy.webp

Rakan kongsi biasiswa organisasi

  • k3sb15e-5oidrooo7b292eut3cmhbti-o-qtq13tnimjjxjhl8rgf2ougpvnvrlawvdav0tjw4w9qs4zfjokfp4pdkre87gmpx1jouft4iciabgjlho.webp
  • 88q4vtwbse86nfsto-gdpazqkehvvmn9oljxalb-u18w3ytpyc-b5hskzcn21qukdhqy0yh4lbusehgpyeyapjzzolhfjcabapoypwosnpck0vlykk8.webp

Soalan lazim

Apakah itu analisis data?

Data merupakan fakta terkumpul dalam bentuk nombor, gambar, perkataan, video, pemerhatian dan pelbagai lagi. Data terkumpul setiap hari daripada aktiviti kita seperti menonton video atau mendengar lagu di media sosial.

Analisis data merupakan proses mengumpul, mengubah, dan mengurus fakta-fakta ini bagi membentuk rumusan, membuat ramalan dan membuat keputusan termaklum.

Mengapa memulakan kerjaya dalam analisis data?

Bagi memenuhi permintaan pengguna dan seiring dengan trend semasa, syarikat-syarikat perlulah sentiasa melaras produk, perkhidmatan, alatan dan strategi perniagaan mereka. Ini menjadikan kemahiran penganalisis data amat diperlukan dalam pasaran dan dibayar dengan kompetitif.

Penganalisis data menggunakan maklumat data bagi membantu organisasi membuat keputusan lebih baik berkaitan perniagaan. Mereka menyediakan, memproses, menganalisis dan membuat visual data, mengenal pasti trend serta memberi jawapan kepada soalan-soalan penting. Tugasan mereka membantu rakan sekeliling membuat keputusan berkaitan perniagaan yang lebih baik.

Apakah perbezaan antara Sijil Analisis Data Google, Sijil Analisis Data Lanjutan Google dan Sijil Penganalisis Perisikan Perniagaan Google?

Dengan Sijil Analisis Data Google, anda akan mempelajari set kemahiran yang diperlukan untuk menjadi penganalisis data junior. Ini merupakan cadangan yang baik sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Penganalisis data tahu bertanyakan soalan yang tepat; menyediakan, memproses dan menganalisis data untuk memperoleh pemahaman mengenai aspek perniagaan; berkongsi penemuan dengan pihak berkepentingan secara berkesan; dan memberi cadangan berasaskan panduan data untuk langkah yang tepat.

Sijil Analisis Data Lanjutan Google direka untuk mereka yang bekerja dalam bidang analisis data atau bagi mereka yang mempunyai pengetahuan asas daripada Sijil Analisis Data Google. Menggunakan alatan seperti Jupyter Notebook, Python dan Tableau, anda boleh mengembangkan kemahiran teknikal anda dengan lebih baik.

Sijil Penganalisis Perisikan Perniagaan Google membantu mengembangkan kemahiran dan pengalaman kerjaya anda ke peringkat seterusnya. Ia direka untuk mereka yang bekerja dalam bidang analisis data atau yang mempunyai kemahiran asas daripada Sijil Analisis Data Google. Anda akan mengembangkan pengetahuan anda dengan projek praktikal yang menggunakan alatan dan platform seperti BigQuery, DataFlow dan Tableau.

Adakah kursus ini ditawarkan dalam bahasa lain? 

Pada masa sekarang, kursus ini hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan kami sedang mengusahakan menawarkan dalam bahasa lain.

Berapakah kos Sijil Kerjaya Google?

Di Malaysia, kos langganan ialah $29 USD sebulan selepas tempoh percubaan 7 hari awal tanpa sebarang kos. Sijil Kerjaya Google adalah mengikut kadar kendiri sepenuhnya, dan ramai pelajar menyelesaikan Sijil mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Di negara lain yang menyediakan Sijil Kerjaya Google, kos anda mungkin lebih rendah. Untuk melihat kos sebenar dalam mata wang tempatan anda, sila lawati halaman Coursera dan lihat pilihan pendaftaran.