Jump to Content

Tingkatkan pengajaran anda dengan Gemini Academy

vm1zhlkbwcnapsc2ujw90s8zwnfu-habrrhzogsxk8lxr3exo-wfbiuwyijxqr1ophdmxvy-9voop-lor2lge8bnzmb91xadgz5m4dxtueduic0n6fw.webp
Gemini Academy ialah program kemahiran AI yang direka bentuk untuk membantu guru menggunakan AI generatif secara selamat dan meningkatkan kreativiti serta produktiviti mereka dengan Gemini.

Perkara yang akan anda pelajari daripada Gemini Academy

Perihal AI dan cara teknologi AI digunakan.

Cara menggunakan Gemini (dan alatan AI yang lain) secara selamat dan bertanggungjawab.

Terokai peluang dan cabaran dalam penyepaduan AI untuk pendidikan.

Cara mengembangkan kreativiti dan produktiviti anda dengan Gemini.

Pusat Pembelajaran Google for Education

Sila lawati Pusat Pembelajaran Google for Education untuk mengakses kandungan Gemini Academy. Ini merupakan program peningkatan kemahiran AI yang direka untuk membantu para pendidik menggunakan AI Generatif dengan selamat serta meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka dengan Gemini.

Ketahui lebih lanjut.

Sila lawati Pusat Pembelajaran Google for Education untuk mengakses kandungan Gemini Academy. Ini merupakan program peningkatan kemahiran AI yang direka untuk membantu para pendidik menggunakan AI Generatif dengan selamat serta meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka dengan Gemini.

Ketahui lebih lanjut.

Rakan kongsi kami di Malaysia

Soalan lazim

Apakah itu Gemini Academy?

Gemini Academy ialah program latihan yang menyeluruh serta direka bentuk untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada pendidik bagi menggunakan alatan AI secara berkesan, khususnya Gemini dalam tugasan harian mereka. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecelikan AI, menggalakkan penggunaan AI secara selamat dan bertanggungjawab serta menerokai potensi AI untuk mengubah suasana pendidikan.

Mengapakah perlunya Gemini Academy?

Gemini Academy memenuhi keperluan pendidik yang semakin meningkat untuk memahami dan memanfaatkan AI di dalam bilik darjah. Dengan menyertai akademi ini, pendidik dapat memperoleh cerapan yang berharga tentang keupayaan, had dan pertimbangan etika AI, sekali gus membolehkan mereka membuat keputusan termaklum berhubung dengan penyepaduan AI ke dalam strategi pengajaran mereka. Mereka juga akan mendapat banyak pengalaman menggunakan alatan AI secara amali untuk menyelesaikan tugasan harian seperti perancangan kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai lagi.

Apakah topik yang terdapat dalam Gemini Academy?

Terdapat pelbagai topik dalam Gemini Academy yang merangkumi:

  • Pengenalan kepada AI dan penggunaan AI dalam pendidikan
  • Memahami pembelajaran mesin, LLM, AI generatif dan bot sembang
  • Menerokai Prinsip Google AI dan implikasi terhadap pendidikan
  • Menggunakan AI secara selamat dan bertanggungjawab, menangani sikap berat sebelah, keadilan dan privasi data
  • Pengenalan kepada Gemini dan ciri yang tersedia
  • Menulis gesaan yang berkesan untuk Gemini
  • Meningkatkan pengajaran dengan Gemini menerusi pelbagai kes penggunaan
  • Menerokai penyepaduan dan ciri tambahan Gemini
  • Sumber dan laluan pembelajaran lanjutan
  • Renungan dan ulasan program

Siapakah yang patut menghadiri Gemini Academy?

Gemini Academy direka bentuk khas untuk pendidik pada semua peringkat yang berminat untuk memanfaatkan kuasa AI bagi mempertingkatkan amalan pengajaran dan prestasi pelajar.

Bagaimanakah cara menyertai Gemini Academy?

Jika anda mahu menjalankan Gemini Academy di institusi anda, sila hubungi rakan kongsi kami menerusi e-mel untuk mendapatkan butiran tentang sesi yang akan datang.

Sila hubungi rakan kongsi kami untuk menjalankan Gemini Academy di sekolah anda

Jika anda mahu menjalankan Gemini Academy di institusi anda, sila hubungi rakan kongsi kami menerusi e-mel untuk mendapatkan butiran tentang sesi yang akan datang.