Hai Asia Tenggara, apa yang boleh saya bantu?
Laporan Gemini memaparkan cara penduduk Asia Tenggara menggunakan Gemini dengan sentuhan tempatan yang tersendiri, seiring dengan misi Gemini untuk menjadi pembantu AI yang paling bermanfaat.
Pembantu visual berbilang bahasa untuk rakyat Malaysia
Corak penggunaan yang paling popular memberi kita gambaran tentang cara rakyat Malaysia memanfaatkan Gemini untuk memenuhi keperluan mereka.3
Pembantu visual
Rakyat Malaysia gemar menyerlahkan kreativiti visual mereka melalui Gemini. 1 daripada 5 pengguna di sini meminta Gemini menghasilkan imej, lebih tinggi berbanding dengan mana-mana tempat lain di Asia Tenggara.4 Populariti keupayaan penjanaan imej Nano Banana melonjak sejak ia diperkenalkan pada Ogos 2025.
Inklusif dan dekat di hati
Walaupun sebahagian besar pengguna di Malaysia berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris, kami melihat peningkatan ketara dalam penggunaan bahasa ibunda. Jumlah prom dalam bahasa Melayu melonjak lebih dua kali ganda pada awal 2026 berbanding dengan tahun sebelumnya.5
Kemahiran berbilang bahasa
Prom dalam bahasa Melayu amat popular untuk tugasan kreatif dan akademik, manakala bahasa Inggeris lebih meluas untuk tugasan profesional dan pengekodan (coding).6 Ini jelas menonjolkan kelebihan rakyat Malaysia yang mahir berbilang bahasa—sangat selesa menggunakan bahasa Inggeris di tempat kerja, tetapi beralih kepada bahasa ibunda untuk menyerlahkan potensi kreatif mereka.
Berkomunikasi dalam bahasa-bahasa Asia Tenggara adalah kehebatan utama Gemini
Terokai keajaiban dunia sebenar yang berlaku apabila orang mengimpikan perkara yang lebih besar dengan Gemini
"Perniagaan Solo" Dikuasakan oleh Gemini
Oleh itu, Tran mula menggunakan Gemini untuk melancarkan proses operasinya. Gemini bertindak sebagai pembantu maya yang dapat membantu beliau menjalankan penyelidikan, merangka syarat asas kontrak dan membina rangka kerja untuk kandungan pemasaran. Gemini membantunya mengurus tugasan yang berulang ini dengan pantas.
Memperkasakan Usahawan Ibu Membina Alatan Perniagaan Pintar dengan Gemini
“Kebanyakan pertanyaan yang saya terima daripada rakan pembuat barangan buatan tangan saya ialah: bagaimanakah cara menetapkan harga barangan saya? Oleh itu, saya meminta bantuan Gemini untuk mengetahui cara menyelesaikannya,” kata Alvarez. “Jika saya mahu membantu rakan usahawan ibu saya menyelesaikan masalah ini, saya mahu membantu mereka sepenuhnya.”
Merapatkan Jurang Digital dengan Gemini
Menyedari wujudnya jurang digital, Cikgu Laila menggunakan bantuan Gemini untuk membangunkan aplikasi matematik luar talian. Ini membolehkan pelajar yang mempunyai akses Internet terhad untuk meneruskan pembelajaran dan latihan di rumah.
Menjadikan Pembelajaran di dalam Kelas Lebih Inklusif dengan Gemini
Pendekatan tersuai ini amat kritikal bagi menyokong keperluan pelajar yang pelbagai, terutamanya mereka yang berhadapan dengan cabaran pembelajaran seperti autisme dan ADHD.
Hasil daripada teknik prom AI lanjutan yang dipelajarinya melalui Akademi Gemini, beliau bukan sahaja berjaya memendekkan masa perancangan daripada beberapa minggu kepada beberapa hari, malah turut melonjakkan tahap penglibatan pelajarnya di dalam kelas.
Mengubah Tabiat Belajar kepada Pembelajaran Aktif dengan Gemini
“Penggunaan Gemini Canvas membuatkan proses pembelajaran jadi sangat menyeronokkan dan membantu saya mengingati kandungan dengan lebih baik.”
Memacu Hasil Kreatif Dunia Sebenar dengan Gemini
“Gemini memudahkan saya membuat pelbagai visual berkualiti tinggi dan menghidupkan konsep iklan saya.”
Mengubah pengajaran tradisional menjadi pengalaman pembelajaran yang canggih dengan Gemini
“Gemini menjimatkan masa saya untuk tugasan seperti mencari idea pembelajaran aktif untuk pelajaran matematik, menyediakan latihan, mereka bentuk ujian dan menilai hasil pembelajaran. Ini memberi saya lebih banyak masa untuk memberikan inspirasi kepada pelajar agar menyukai matematik."
Kini giliran anda untuk mencipta
Tingkatkan pembelajaran anda
Memahami topik yang kompleks
Berlatih memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris
Membuat persediaan untuk peperiksaan
Menyusun pelan pembelajaran kerjaya
Memahami topik yang kompleks
Pertama, balas arahan ini dengan bertanya kepada saya tentang topik atau istilah yang mahu saya ketahui dengan lebih lanjut. Berikan pilihan untuk saya muat naik laman web atau laporan yang cuba saya fahami. Kemudian, berdasarkan info yang saya beri, jelaskan konsep utama dengan istilah yang jelas dan ringkas. Berikan juga sumber tambahan seperti video YouTube untuk saya belajar dengan lebih mendalam.
Berlatih memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris
Mula-mula, tanya saya apa yang saya nak kongsikan tentang diri saya dalam pengenalan itu. Jangan mula selagi saya belum berikan maklumat ini. Kemudian, tuliskan draf pengenalan diri sebanyak 3-5 ayat dalam bahasa Inggeris. Elakkan perkataan rumit yang jarang digunakan dalam perbualan. Terangkan sebarang kosa kata atau tatabahasa penting supaya saya boleh belajar.
Membuat persediaan untuk peperiksaan
Mula-mula, minta saya kongsikan lebih lanjut tentang topik yang saya sedang belajar. Kemudian, berikan kuiz objektif pendek dengan 10-15 soalan. Jangan mulakan sehingga saya berikan maklumat ini.
Menyusun pelan pembelajaran kerjaya
Mula-mula, tanya tentang kemahiran semasa saya dan jawatan yang disasarkan. Jangan mulakan sehingga saya berikan maklumat ini. Kemudian, cipta satu pelan pembelajaran termasuk cadangan kemahiran yang perlu dipelajari dan sumber percuma/mampu milik.
Tingkatkan produktiviti anda
Draf e-mel permohonan lanjutan tarikh akhir
Perkemas komunikasi khidmat pelanggan
Sediakan templat respons pelanggan
Susun nota mesyuarat
Draf e-mel permohonan lanjutan tarikh akhir
Bantu saya draf e-mel yang sopan kepada pelanggan atau pengurus saya untuk meminta lanjutan tarikh akhir. Pastikan nadanya sopan tetapi tidak terlalu kaku. Pastikan alasan penangguhan itu munasabah dan profesional.
Mula-mula, tanya saya tarikh akhir yang perlu dilanjutkan dan sebabnya. Kemudian, draf e-mel berdasarkan jawapan saya.
Perkemas komunikasi khidmat pelanggan
Pertama, minta saya tampal nota mesyuarat mentah saya, senaraikan peserta dan nyatakan nama projek. Jangan mulakan sehingga saya berikan maklumat ini. Kemudian, hasilkan minit mesyuarat yang kemas dan profesional merangkumi: 1) Ringkasan Mesyuarat (Tarikh, Topik, Peserta), 2) Keputusan Utama yang Dibuat, 3) Perkara Perbincangan Berstruktur dan 4) Jadual Tindakan (Tugas, Pemilik, Tarikh Akhir).
Sediakan templat respons pelanggan
Mula-mula, tanya saya idea asas tentang apa yang saya nak sampaikan. Kemudian, draf respons bahasa Inggeris yang profesional untuk pelanggan. Kekalkan nada yang mesra dan sopan tetapi tidak terlalu rendah diri. Anda boleh memohon maaf atas kesulitan yang dialami tetapi jangan berjanji lebih-lebih atau ambil tanggungjawab yang tidak sesuai.
Susun nota mesyuarat
Mula-mula, tanya saya tentang jenis perniagaan, produk yang dijual dan senario spesifik yang saya perlukan (contoh: menyambut pelanggan baharu, menerangkan kelewatan parcel, uruskan pemulangan wang atau membuat peringatan lembut tentang invois yang belum dibayar). Jangan mulakan sehingga saya berikan maklumat ini. Kemudian, draf 3 templat mesej yang berbeza, profesional dan mesra yang disesuaikan dengan konteks e-dagang tempatan (menggunakan istilah sopan yang sesuai untuk merujuk pelanggan).
Serlahkan kreativiti anda
Rancang kandungan media sosial untuk sebulan
Gagaskan konsep penjenamaan visual
Cari idea kreatif untuk hadiah kait (crochet)
Reka idea susun atur ruang tamu
Rancang kandungan media sosial untuk sebulan
Mula-mula, tanya saya platform media sosial apa yang digunakan, nama saluran, topik kandungan, dan pasaran sasaran. Kemudian, berdasarkan info tersebut, buat pelan kandungan untuk 30 hari dalam format jadual, yang mengandungi: Hari/Tarikh, Tonggak Kandungan (Pendidikan, Hiburan atau Promosi), Idea Topik & Tajuk, Format Kandungan (video pendek, video mendatar panjang, langsung, foto dll.) dan Seruan Tindakan (CTA) yang bersesuaian.
Gagaskan konsep penjenamaan visual
Mula-mula, minta saya berikan nama perniagaan, servis atau produk, sasaran penonton, tema rekaan, dan 3 perkataan yang menggambarkan 'feel’ jenama saya. Jangan mulakan sehingga saya berikan maklumat ini. Kemudian, berdasarkan input saya, gunakan ciri 'Buat Imej' untuk menjana 3 papan mood visual yang berbeza dan terangkan rasional rekaan di sebalik setiap satunya. Papan mood hendaklah menyertakan logo, ruang dalaman, sudut pameran produk dsb.
Cari idea kreatif untuk hadiah kait (crochet)
Reka idea susun atur ruang tamu
Pertama, minta saya memberikan gambar ruang tamu saya. Seterusnya, hasilkan imej ruang tamu saya dengan gaya moden dan tampak eksklusif menggunakan bajet yang minimum. Akhir sekali, berikan perincian mengenai perubahan khusus yang dicadangkan, rasional di sebaliknya, serta strategi untuk melaksanakan transformasi ini dengan bajet yang rendah.
Tingkatkan kehidupan seharian anda
Cipta resipi menggunakan bahan daripada peti sejuk anda
Kenal pasti dan selesaikan masalah perkakas yang rosak
Hasilkan rakaman audio untuk senaman pernafasan
Diagnosis masalah kesihatan tumbuhan
Cipta resipi menggunakan bahan daripada peti sejuk anda
Kenal pasti dan selesaikan masalah perkakas yang rosak
Mula-mula, minta saya muat naik gambar label model pada perkakas tersebut, dan tanya apa masalah yang saya hadapi. Jika gambar tidak jelas, minta maklumat lanjut sehingga anda dapat kenal pasti modelnya. Kemudian, cari manual pengguna rasmi, panduan selesaikan masalah dan video berkaitan. Pada jawapan akhir, berikan rumusan ringkas tentang punca masalah, cara untuk membaikinya dan pautan ke manual rasmi daripada pengilang (jika ada).
Hasilkan rakaman audio untuk senaman pernafasan
Gunakan fungsi ‘Buat Muzik’ untuk menjana trek audio 30 saat. Gunakan muzik latar yang tenang dan perlahan yang menyerupai muzik spa yang mendalam dan bergema tanpa melodi yang jelas. Gunakan suara yang dalam dan berbisik untuk membimbing senaman ini. Kata-katanya perlulah tepat seperti berikut:
Tarik nafas, 2, 3, 4
Tahan, 2, 3, 4
Hembus, 2, 3, 4.
Tahan, 2, 3, 4
Diagnosis masalah kesihatan tumbuhan
Mula-mula, minta saya kongsikan: 1/ Gambar tumbuhan, 2/ Sebarang masalah yang saya nampak. Kemudian, beritahu saya nama tumbuhan itu dan langkah yang boleh saya ambil untuk bantu tumbuhan kembali subur.
Bersedia untuk melihat gambaran penuh?
Sumber
1 Data Dalaman Google, Apr 2026, diumumkan di Google I/O Jun 2026.
2 Data Dalaman Google, Asia Tenggara (SEA), Apr 2025 - Mac 2026.
3 Data Dalaman Google, SEA, Jan - Mac 2026.
4 Data Dalaman Google, SEA, Jan - Mac 2026.
5 Data Dalaman Google, SEA, Jan - Mac 2026.
6 Data Dalaman Google, SEA, Jan - Mac 2026.
7 AI Singapore, Papan Pendahulu SEA-HELM (Southeast Asian Holistic Evaluation of Language Models). Kedudukan keseluruhan SEA ialah purata skor merentas 7 bahasa: Burma, Filipina, Indonesia, Melayu, Tamil, Thai dan Vietnam. Metodologi penilaian di: https://leaderboard.sea-lion.ai