Jump to Content
hero-lottie-desktop-v2.webp

Mantap Malaysia Bersama AI

AI Ready ASEAN Youth Challenge Story

  • group-5255.webp
  • group-5257.webp
  • AI Ready ASEAN Logo
  • group-5256.webp
  • group-5258.webp
malaysia.webp

Jia Ying, Loo Ying dan Yong Kong. Pemenang Kebangsaan Cabaran Belia AI Ready ASEAN dari Malaysia.

Membantu warga emas kekal aktif di keselesaan rumah dengan rehabilitasi AI

Seiring dengan penuaan populasi di Malaysia, Jia Ying, Loo Ying, dan Yong Kang menyedari satu isu kritikal: ramai warga emas sukar untuk mengekalkan mobiliti dan keupayaan berdikari. Menerusi inisiatif AI Ready ASEAN Youth Challenge anjuran AI Singapore yang disokong oleh Google.org, mereka telah membangunkan sebuah sistem pemulihan otot pintar berkuasa Google AI. Sistem ini mampu mengesan isyarat tubuh dan melaraskan terapi pada masa nyata. Dengan mengesan tanda-tanda keletihan sebelum ia memudaratkan, alat yang mesra pengguna ini membolehkan warga emas menerima rawatan pemulihan yang selamat dan berkualiti tinggi, terus dari keselesaan rumah mereka sendiri.

Teroka lebih lanjut

Dapatkan inspirasi lain daripada rakyat Malaysia di seluruh negara

Penyelidik manfaatkan AI untuk perangi Melioidosis

Setiap tahun, melioidosis meragut hampir 90,000 nyawa. Penyakit ini berpunca daripada bakteria Burkholderia pseudomallei, yang kebiasaannya menjangkiti manusia melalui tanah atau sumber air yang tercemar. Untuk menewaskannya, saintis perlu memahami struktur 3D protein bakteria ini. Namun, usaha memetakan bentuk protein merupakan satu proses makmal yang memakan masa, merumitkan dan mahal. Dr. Su Datt dan Dr. Sylvia Chieng dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menggunakan AlphaFold, sebuah sistem AI ciptaan Google DeepMind, untuk meramal struktur 3D protein tersebut. Analisis ini berjaya merungkai rahsia bagaimana bakteria ini mampu bertahan dan merebak. Kajian yang dulunya memakan masa berbulan-bulan kini diselesaikan dalam beberapa minit! Kepantasan ini merancakkan penemuan rawatan bersasar untuk 'pembunuh senyap' ini.

Tonton video
Researchers from the National University of Malaysia (UKM), Dr. Su Datt and Dr. Sylvia Chieng

Dr. Su Datt dan Dr. Sylvia Chieng, peyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysian (UKM)

Cikgu Siti Ainulmuryida and her students from SMK Orkid Desa attending event hosted by Google

Guru pendidikan khas SMK Orkid Desa, Cikgu Siti Ainulmuryida bersama para pelajarnya ketika menghadiri acara anjuran Google

Menjadikan pembelajaran di bilik darjah lebih inklusif dan interaktif

Mengajar pelajar dengan pelbagai cabaran pembelajaran seperti autisme dan ADHD menuntut kesabaran serta perancangan yang sangat teliti. Di SMK Orkid Desa, guru pendidikan khas, Cikgu Siti Ainulmuryida telah berjaya mentransformasikan suasana bilik darjahnya dengan mengaplikasikan kemahiran prom AI lanjutan yang dipelajarinya menerusi Gemini Academy. Bagi menguruskan keperluan pelajar yang berbeza-beza, beliau memanfaatkan Gemini sebagai rakan kolaborasi untuk merangka Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang direka khusus mengikut tahap setiap pelajar. Impaknya amat ketara. Proses merangka RPI yang kebiasaannya menelan masa berminggu-minggu kini berjaya disingkatkan kepada beberapa hari sahaja. Penjimatan masa yang luar biasa ini bukan sahaja mengurangkan beban tugas, malah membolehkan Cikgu Ainul memberi sepenuh perhatian kepada pelajarnya, sekali gus menyaksikan peningkatan ketara dalam tahap fokus dan penglibatan mereka di dalam kelas.

Memperkasakan 6,200 tenaga kerja dengan AI

Gamuda sedar bahawa membina infrastruktur masa depan tidak cukup hanya dengan jentera berat di tapak binaan. Ia memerlukan warga kerja yang berfikiran jauh dan sentiasa mencari cara baharu untuk bekerja. Sebagai perintis dalam sektor kejuruteraan dan hartanah, Gamuda terus menambah baik proses kerja mereka dengan membawa teknologi AI ke dalam tugasan harian pekerja. Menerusi gabungan kuasa Google Cloud Vertex AI dan Gemini Pro, mereka telah berjaya membangunkan Botunify. Ia adalah sebuah platform bot sembang (chatbot) dalaman yang direka khusus untuk merungkai cabaran kejuruteraan yang kompleks di Gamuda. Kini, Botunify bertindak ibarat nadi pintar yang memacu lebih 6,200 warga kerja Gamuda. Platform ini bukan sahaja melancarkan operasi harian dan menajamkan ketepatan manusia dalam membuat keputusan, malah mencetuskan gelombang inovasi baharu yang bakal mengubah landskap industri pembinaan.

Tonton video
Ts. John Lim, Group Chief Digital Officer at Gamuda Berhad

Ts. John Lim, Ketua Pegawai Digital Kumpulan Gamuda Berhad

yap-hock-seng.webp

Yap Hock Seng memegang Sijil Profesional Google bagi Sokongan IT dan Pengurusan Projek

Berusia 60 tahun dan kekal relevan di tempat kerja dengan ilmu semasa

Pengalaman 40 tahun dalam industri IT bukan alasan untuk Yap Hock Seng berasa selesa, jauh sekali mengalah kepada peredaran teknologi mahupun stigma umur oleh majikan. Beliau mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan kemahirannya menerusi program Google Career Certificates dalam bidang Sokongan IT dan Pengurusan Projek. Usaha gigih ini membolehkan beliau menguasai kepakaran moden seperti infrastruktur awan (cloud infrastructure) dan pengurusan risiko tahap tinggi. Hock Seng membuktikan bahawa usia hanyalah angka. Dengan menggabungkan pengalaman berdekad lamanya bersama amalan teknologi global terkini, beliau terus cemerlang memacu transformasi digital sebagai Pengurus Projek Teknikal di salah sebuah kumpulan IT terkemuka di Asia.

Teroka lebih lanjut

Dari Pengajar Jururawat ke Penganalisis Sistem

Selepas lebih sedekad menabur bakti dalam bidang kejururawatan, Siti Fatimah Ibrahim mengambil langkah berani untuk keluar dari zon selesanya demi memacu inovasi kesihatan melalui teknologi. Semuanya bermula apabila beliau berjaya meningkatkan kecekapan jabatannya sebanyak 90% hanya melalui kemahiran analitik yang dipelajari secara sendiri. Kejayaan itu menyuntik semangat beliau untuk mengukuhkan kepakarannya secara rasmi menerusi program Google Career Certificates dalam bidang Data Analisis, Pengurusan Projek, dan Kepintaraan Perniagaan. Kini, Siti Fatimah melangkah gagah dalam kerjaya baharunya sebagai Penganalisis Sistem. Berbekalkan gabungan unik antara pengalaman klinikal dan kemahiran teknologi moden, beliau memainkan peranan penting dalam merangka sistem penjagaan kesihatan masa depan untuk pasaran tempatan serta antarabangsa.

Teroka lebih lanjut
siti-fatimah-ibrahim.webp

Siti Fatimah Ibrahim memegang Sijil Profesional Google bagi Data Analisis, Kepintaraan Perniagaan, dan Pengurusan Projek

Khairunnisa

Khairunnisa Razali memegang Sijil Profesional Google Data Analisis

Membina kerjaya impian tanpa asas IT

Kembali ke dunia pekerjaan selepas berehat selama setahun, bekas penyelidik farmaseutikal, Khairunnisa Razali, memutuskan untuk membina semula laluan kerjayanya. Walaupun langsung tiada asas dalam bidang IT, beliau memanfaatkan program Gemilang untuk menguasai kemahiran SQL, Spreadsheets, dan bahasa pengaturcaraan R. Hasil usahanya, beliau berjaya melengkapkan program Sijil Professional Google Data Analisis dalam masa dua bulan sahaja. Kini, minat mendalamnya terhadap angka membuahkan hasil apabila beliau berjaya meraih kerjaya impian sebagai Penganalisis Data di salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di Asia. Kisah Khairunnisa membuktikan bahawa dengan kemahiran yang tepat, peralihan ke industri baharu boleh dicapai pada mana-mana fasa kehidupan kita.

Teroka lebih lanjut

Kerja seminggu siap dalam dua hari

Bermula sebagai pembantu penyelidik yang amat meminati bidang analisis data, Muhammad Zul Aiman akhirnya menemui bimbingan berstruktur yang dicarinya melalui program Gemilang. Melalui program Sijil Professional Google Data Analisis, beliau berpeluang menimba ilmu secara terus daripada barisan pakar industri yang berpengalaman. Ilmu yang diperoleh mengubah cara beliau menyelesaikan masalah di tempat kerja—sehinggakan tugasan data yang renyah dan lazimnya memakan masa seminggu, kini dapat disiapkan dalam masa dua hari sahaja. Lonjakan kecekapan dan keyakinan ini pantas menarik perhatian majikan. Hanya dalam tempoh sebulan selepas melengkapkan program tersebut, kerjaya beliau terus berkembang pesat dengan tanggungjawab baharu, malah beliau turut berjaya meraih kenaikan gaji sebanyak 20%.

Teroka lebih lanjut
muhammad-zul-aiman.webp

Muhammad Zul Aiman memegang Sijil Profesional Google Data Analisis,