Jump to Content

Sijil Pemasaran Digital & E‑dagang Google

ecom-ms-hero

Dapatkan pekerjaan dalam pemasaran digital atau e‑dagang dengan bantuan Google

Dengan kerjasama Coursera

Sijil ini diiktiraf oleh oleh Malaysian Digital Association (MDA).

Mulakan kerjaya sebagai pemasar digital dan pakar e-dagang dengan sijil daripada Google. Belajar mengurus kempen pemasaran digital, menarik dan berhubung dengan pelanggan serta menjual produk dalam talian.

Bagaimana kursus ini dijalankan

 

Tiada pengalaman berkaitan diperlukan

100% pembelajaran dalam talian

Pembelajaran tidak melebihi 10 jam seminggu

Tingkatkan kualiti resume anda dengan sijil daripada Google

Ringkasan kursus

my-digital-image-1

Sijil Profesional Pemasaran Digital & E‑dagang

7 kursus | 157 jam

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Sijil ini diiktiraf oleh oleh Malaysian Digital Association (MDA).

Apa yang anda akan belajar:

  • Membina strategi pemasaran digital dan e-dagang
  • Strategi menarik dan melibatkan pelanggan melalui saluran pemasaran digital seperti Google Search, media sosial dan e-mel
  • Penyediaan, pengendalian dan analisis keputusan
  • Membina perniagaan e‑dagang dan mengembangkan perniagaan e‑dagang berdasarkan data

Kursus

  • Asas Pemasaran Digital dan E-dagang
  • Menarik pelanggan dengan Pemasaran Digital
  • Berhubung dengan Pelanggan Dalam Talian
  • Pemasaran E-mel
  • Analisis Pemasaran
  • Bina, Lancar dan Urus Perniagaan E-dagang
  • Jamin Kepuasan: Bina Kesetiaan Pelanggan Dalam Talian
Mulakan pembelajaran di Coursera

Kursus ini mengandungi

 

Latihan praktikal

Kuiz dan tugasan

Penilaian

qualify-en-my

Dapatkan pekerjaan dengan sijil dalam pemasaran digital dan e-dagang

Pemasaran digital melibatkan penggunaan e-mel, media sosial, enjin carian, pengiklanan paparan dan saluran dalam talian lain bagi menarik dan berhubung dengan pelanggan, menggalakkan pembelian dan membina kesetiaan pelanggan.

E-dagang melibatkan penggunaan platform dalam talian untuk membeli dan menjual produk dan perkhidmatan termasuk mereka bentuk perniagaan dalam talian, penyenaraian produk, menjalankan penyelidikan pasaran, memenuhi pesanan dan menganalisis prestasi perniagaan.

  • Pemasar digital
  • Pakar Pengoptimuman Enjin Carian (SEO)
  • Pakar Pemasaran Enjin Carian (SEM)

Laluan pantas menuju kerjaya terhangat

  • Lengkapkan sijil-sijil Google Career Certificates di Coursera mengikut masa dan kesesuaian anda.

  • Dapatkan akses kerjaya dengan majikan terbaik melalui Konsortium Majikan Gemilang.

quote-digital-mkt-en-my
TESTIMONI

“Bukan sahaja saya belajar cara mempromosikan perniagaan dengan efektif melalui saluran dalam talian, kursus ini turut memberi inspirasi dan keyakinan untuk saya membantu strategi pemasaran digital individu lain juga.”

Muhammad Shafiq Iqram Abdullah mempunyai Sijil Profesional Pemasaran Digital & e-Dagang Google dan kini bekerja sebagai perunding hartanah dan pengarah strategik di EjenHome Plt

Berhubung dengan majikan

123RF
Amanz
Astro Awani
Carsome
Cloud Mile
Crestar Education
Fave
Group M
Inmagine
Jirnexu
Maybank
McDonalds
Mechanikos
Mediabrands
Monacal
Omnicom Media Group
Orius Digital
Petronas
PHD
PIXLR
Rev Media Group
Senheng
Skill Quotient
Soya Cincau
Star Media Group
Storehub
The Lorry
Play animation Pause animation

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan?

Klik pada mana-mana logo berikut untuk melawat laman web rakan kongsi biasiswa kami.

Ikuti arahan yang diberikan di laman web Women in Tech, Trainocate atau Yayasan Tunku Abdul Rahman dan hantar permohonan anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada rakan kongsi kami dan anda boleh mula belajar di Coursera.

Rakan kongsi institusi pendidikan

  • eakehdlwj52zvfqoaewca7ervazimfo2-z61qgx7odi-ry6zbai8eglhjxtgwcfkctk-nv3fttz4l-nf4aluc8jtkq3e-yjnjirxn5mrww8xox9fig.webp
  • yx1elqtrnda8ayxajsu9exkecfi-0ggmulaovomew8f2bxzpqyywouic-coq2xbaoeryywyusjh1qadsureiljwo5sq7sjjrd-1u8-vx3fr6jo81qpe.webp
  • yml4uhusres6sg57pyq1jgjpw0ajufuilwbjltpglyne0i-x9pjro8ys2pogaarx20kwlu002lxpfhgl4bdw07mpwb0ccvrol-30kdlaistgk0db0z0.webp

Rakan kongsi biasiswa kerajaan & NGO

  • qwu6giapzr-5adq3rlwmfg2pyyus2qjo-x9x3fwdtwoajrxyh3j1br1rb25-m23tnj0jbb7-ciizukz2qusn6dbhwlyxmvpbtmwijfyzj-6rjv7g-9i.webp
  • m6gz9q8xnffh17dakf4rhf8fa0w-lvsqmxp0mxkvi3lpuasfzfwl9dupifla-gswnwu8yqshulasldmsx0ikqqtlveyzvo8lgyseyikauknnacb9oy.webp
  • q-y65wglxwzqtxuyxu5vij-k2ttom2c6qc98ybrqzd7iagdx8dutrapt-efrgde9gsr5ycjfzolndtgwohrdriqkqp1s3-i43jkfrxjyjtvb63gip3c.webp
  • t0swttwuwhcwakwzcthwjlkwff78au5ahm5rif-qrvtpr89tegcgwzcdomkvntpxcktvmwpfhbzyixv4uqg9qqjymqozig5ltcc5jskuokxlqfonf0g.webp
  • s3-omaaayklasxzbhgo0-5lphjj4nn42l8ssutsrgs6peigfdhyo8gtqsnspv8u2m8wkuvowe0ydeeldl669uow3xeeqi8peentkc7k1zuirxcvkhfy.webp

Rakan kongsi biasiswa organisasi

  • k3sb15e-5oidrooo7b292eut3cmhbti-o-qtq13tnimjjxjhl8rgf2ougpvnvrlawvdav0tjw4w9qs4zfjokfp4pdkre87gmpx1jouft4iciabgjlho.webp
  • 88q4vtwbse86nfsto-gdpazqkehvvmn9oljxalb-u18w3ytpyc-b5hskzcn21qukdhqy0yh4lbusehgpyeyapjzzolhfjcabapoypwosnpck0vlykk8.webp

Soalan lazim

Apa itu pemasaran digital dan e-dagang?

Pemasaran digital menghubungkan pelanggan dan jenama dalam talian. Pemasar digital menggunakan pengiklanan paparan, e-mel, enjin carian dan saluran dalam talian lain untuk menarik pelanggan, menggalakkan pembelian dan membina kesetiaan pelanggan.

Secara ringkasnya e-dagang adalah proses jual beli produk dan perkhidmatan di Internet. E-dagang menggunakan platform dalam talian untuk membeli dan menjual produk dan perkhidmatan termasuk mereka bentuk perniagaan dalam talian, penyenaraian produk, menjalankan penyelidikan pasaran, memenuhi pesanan dan menganalisis prestasi perniagaan.

Kursus ini sesuai untuk siapa?

Anda! Tiada pengalaman terdahulu diperlukan. Jika anda ingin belajar cara menjangkau dan berinteraksi dengan pelanggan dalam talian, kursus ini untuk anda.

Apakah alatan dan platform yang diajar dalam kursus ini?

Anda akan belajar menggunakan alat pemasaran digital seperti Canva, Constant Contact dan Hootsuite; platform pemasaran seperti HubSpot, Mailchimp dan Shopify; dan platform media sosial seperti Twitter. Anda juga akan belajar cara menggunakan alatan Google seperti Google Ads dan Google Analytics.

Adakah kursus ini ditawarkan dalam bahasa lain?

Kursus ini pada masa kini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris dan kami sedang berusaha untuk menawarkannya dalam bahasa lain.

Berapakah kos Sijil Pemasaran Digital & E-dagang Google?

Di Malaysia, kos langganan ialah $29 USD sebulan selepas tempoh percubaan 7 hari awal tanpa sebarang kos. Sijil Kerjaya Google adalah mengikut kadar kendiri sepenuhnya, dan ramai pelajar menyelesaikan Sijil mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Di negara lain yang menyediakan Sijil Kerjaya Google, kos anda mungkin lebih rendah. Untuk melihat kos sebenar dalam mata wang tempatan anda, sila lawati halaman Coursera dan lihat pilihan pendaftaran.