Jump to Content

Sijil Profesional Keselamatan Siber Google

cyber-hero-my

Dapatkan pekerjaan sebagai pakar keselamatan siber dengan bantuan Google

Dengan kerjasama Coursera

Mulakan kerjaya dalam bidang keselamatan siber dengan sijil profesional daripada Google. Pelajari kemahiran seperti cara mengenal pasti risiko, ancaman dan kelemahan biasa, serta teknik untuk mengurangkannya.

Daftar di Coursera Bantuan kewangan disediakan

Bagaimana kursus ini dijalankan

 

Tiada pengalaman berkaitan diperlukan

100% pembelajaran dalam talian

Pembelajaran tidak melebihi 10 jam seminggu

Tingkatkan kualiti resume anda dengan sijil daripada Google

Ringkasan kursus

cybersecurity-ms-my-img-1

Sijil Profesional Keselamatan Siber

8 kursus | 181 jam

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Program ini menyediakan kemahiran asas yang diperlukan sebagai pakar keselamatan siber, tanpa memerlukan pengalaman yang relevan. Sijil Keselamatan Siber Google diterima secara rasmi sebagai program persediaan untuk peperiksaan CompTIA Security+. Persatuan Industri Teknologi Pengkomputeran (CompTIA) ialah badan pensijilan IT terkemuka di dunia dan menetapkan piawaian untuk menyediakan calon peringkat kemasukan untuk berjaya dalam kerjaya keselamatan siber. Anda akan belajar tentang:

  • Pengaturcaraan untuk tugas keselamatan siber
  • Rangka kerja dan kawalan yang memaklumkan operasi keselamatan
  • Menggunakan alatan maklumat keselamatan dan pengurusan acara (Security Information & Event Management, "SIEM") untuk keselamatan siber
  • Mengesan dan bertindak balas terhadap insiden menggunakan sistem pengesanan pencerobohan

Kursus

  • Asas keselamatan siber
  • Uruskan risiko keselamatan
  • Rangkaian dan keselamatan rangkaian
  • Linux dan SQL
  • Ancaman dan kelemahan
  • Mengesan dan tindak balas
  • Automatikkan tugasan keselamatan siber dengan Python
  • Bersedia untuk pekerjaan sebagai pakar keselamatan siber
Daftar di Coursera

Kursus ini mengandungi

 

Latihan praktikal

Kuiz dan tugasan

Penilaian

cybersecurity-ms-my-img-2

Mulakan kerjaya dalam bidang keselamatan siber

Penganalisis keselamatan siber bertanggungjawab untuk memantau dan melindungi rangkaian, peranti dan data. Mereka menggunakan koleksi kaedah dan teknologi untuk melindungi daripada ancaman luar atau akses tanpa kebenaran.

  • Penganalisis keselamatan siber
  • Penganalisis keselamatan
  • Penganalisis pusat operasi keselamatan
  • Penganalisis keselamatan maklumat
  • Penganalisis keselamatan IT
  • Penganalisis pertahanan siber

Laluan pantas menuju kerjaya terhangat!

  • Lengkapkan Google Cybersecurity Professional Certificate di Coursera mengikut masa dan kesesuaian anda.

  • Dapatkan akses kerjaya dengan majikan terbesar melalui Konsortium Majikan Gemilang.

Berhubung dengan majikan

123RF
Amanz
Astro Awani
Carsome
Cloud Mile
Crestar Education
Fave
Group M
Inmagine
Jirnexu
Maybank
McDonalds
Mechanikos
Mediabrands
Monacal
Omnicom Media Group
Orius Digital
Petronas
PHD
PIXLR
Rev Media Group
Senheng
Skill Quotient
Soya Cincau
Star Media Group
Storehub
The Lorry
Play animation Pause animation

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan?

Klik pada mana-mana logo berikut untuk melawat laman web rakan kongsi biasiswa kami.

Ikuti arahan yang diberikan di laman web Women in Tech, Trainocate atau Yayasan Tunku Abdul Rahman dan hantar permohonan anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada rakan kongsi kami dan anda boleh mula belajar di Coursera.

Rakan kongsi institusi pendidikan

  • eakehdlwj52zvfqoaewca7ervazimfo2-z61qgx7odi-ry6zbai8eglhjxtgwcfkctk-nv3fttz4l-nf4aluc8jtkq3e-yjnjirxn5mrww8xox9fig.webp
  • yx1elqtrnda8ayxajsu9exkecfi-0ggmulaovomew8f2bxzpqyywouic-coq2xbaoeryywyusjh1qadsureiljwo5sq7sjjrd-1u8-vx3fr6jo81qpe.webp
  • yml4uhusres6sg57pyq1jgjpw0ajufuilwbjltpglyne0i-x9pjro8ys2pogaarx20kwlu002lxpfhgl4bdw07mpwb0ccvrol-30kdlaistgk0db0z0.webp

Rakan kongsi biasiswa kerajaan & NGO

  • qwu6giapzr-5adq3rlwmfg2pyyus2qjo-x9x3fwdtwoajrxyh3j1br1rb25-m23tnj0jbb7-ciizukz2qusn6dbhwlyxmvpbtmwijfyzj-6rjv7g-9i.webp
  • m6gz9q8xnffh17dakf4rhf8fa0w-lvsqmxp0mxkvi3lpuasfzfwl9dupifla-gswnwu8yqshulasldmsx0ikqqtlveyzvo8lgyseyikauknnacb9oy.webp
  • q-y65wglxwzqtxuyxu5vij-k2ttom2c6qc98ybrqzd7iagdx8dutrapt-efrgde9gsr5ycjfzolndtgwohrdriqkqp1s3-i43jkfrxjyjtvb63gip3c.webp
  • t0swttwuwhcwakwzcthwjlkwff78au5ahm5rif-qrvtpr89tegcgwzcdomkvntpxcktvmwpfhbzyixv4uqg9qqjymqozig5ltcc5jskuokxlqfonf0g.webp
  • s3-omaaayklasxzbhgo0-5lphjj4nn42l8ssutsrgs6peigfdhyo8gtqsnspv8u2m8wkuvowe0ydeeldl669uow3xeeqi8peentkc7k1zuirxcvkhfy.webp

Rakan kongsi biasiswa organisasi

  • k3sb15e-5oidrooo7b292eut3cmhbti-o-qtq13tnimjjxjhl8rgf2ougpvnvrlawvdav0tjw4w9qs4zfjokfp4pdkre87gmpx1jouft4iciabgjlho.webp
  • 88q4vtwbse86nfsto-gdpazqkehvvmn9oljxalb-u18w3ytpyc-b5hskzcn21qukdhqy0yh4lbusehgpyeyapjzzolhfjcabapoypwosnpck0vlykk8.webp

Soalan lazim

Apakah itu keselamatan siber?

Organisasi mesti dilindungi daripada ancaman berkaitan siber, seperti penipuan dan pancingan data. Mereka bergantung pada pakar keselamatan siber untuk mengekalkan keselamatan, integriti dan ketersediaan sistem dan maklumat dalaman mereka.

Penganalisis keselamatan siber menggunakan pelbagai cara dan teknologi untuk melindungi organisasi daripada ancaman dan akses tanpa kebenaran.

Kenapa pilih kerjaya dalam keselamatan siber?

Ancaman berkaitan siber sentiasa bertambah dan ini menjadikan keselamatan sekuriti semakin penting bagi sesebuah organisasi. Bagi mengelakkan daripada ancaman yang berbahaya, sesebuah organisasi perlu memiliki infrastruktur keselamatan siber yang kukuh. Penganalisis keselamatan siber boleh dianggap sebagai detektif digital. Mereka menyiasat potensi ancaman yang berterusan, menilai situasi bagi mencari solusi terbaik dan melindungi rangkaian, peranti serta individu dan data yang terdedah. Penganalisis keselamatan siber menggunakan kemahiran analisis dan teknikal bagi memastikan keselamatan organisasi terjamin. Mereka juga perlu berfikiran kreatif bagi menepi ancaman baharu melalui cara yang unik. Penganalisis keselamatan siber berperanan penting dalam organisasi dan mendapat permintaan tinggi dalam kerjaya.

Siapakah yang perlu mengambil kursus ini?

Anda! Tiada pengalaman keselamatan siber terdahulu atau pengetahuan khusus diperlukan. Apa yang anda perlukan ialah minat dalam menyelesaikan teka-teki, menyiasat dan membantu orang lain.

Mengapa mendaftar dalam Sijil Keselamatan Siber Google?

Selain dari kemahiran yang anda perlukan untuk menjadi penganalisis keselamatan siber, anda juga akan mempelajari kemahiran perniagaan yang penting seperti komunikasi, pemikiran kritis, kerjasama dan kerja berpasukan, keutamaan dan peningkatan.

Selepas anda melengkapi Google Cybersecurity Professional, anda boleh memohon dengan majikan terbesar melalui Konsortium Majikan Gemilang.

Apakah alatan dan platform keselamatan siber yang diajar dalam Sijil Keselamatan Siber Google?

Dalam program sijil ini, anda akan menggunakan alatan dan platform termasuk bash, Chronicle, CVE, Python, Splunk, Suricata, SQL, tcpdump, VirusTotal dan WireShark.

Apakah kursus keselamatan siber yang termasuk dalam kurikulum?

Kursus keselamatan siber:

  • Asas keselamatan siber
  • Uruskan risiko keselamatan
  • Rangkaian dan keselamatan rangkaian
  • Linux dan SQL
  • Ancaman dan kelemahan
  • Mengesan dan tindak balas
  • Automatikkan tugasan keselamatan siber dengan Python
  • Bersedia untuk pekerjaan sebagai pakar keselamatan siber

Apakah jenis pekerjaan keselamatan siber yang boleh saya dapatkan dengan Sijil Keselamatan Siber Google?

Sijil Keselamatan Siber Google boleh melayakkan anda untuk pekerjaan keselamatan siber seperti: penganalisis keselamatan siber, penganalisis keselamatan, penganalisis pusat operasi keselamatan, penganalisis keselamatan maklumat, penganalisis keselamatan IT dan penganalisis pertahanan siber.

Berapakah kos Sijil Keselamatan Siber Google?

Di Malaysia, kos langganan ialah $29 USD sebulan selepas tempoh percubaan 7 hari awal tanpa sebarang kos. Sijil Kerjaya Google adalah mengikut kadar kendiri sepenuhnya, dan ramai pelajar menyelesaikan Sijil mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Di negara lain yang menyediakan Sijil Kerjaya Google, kos anda mungkin lebih rendah. Untuk melihat kos sebenar dalam mata wang tempatan anda, sila lawati halaman Coursera dan lihat pilihan pendaftaran.

Adakah kursus ini ditawarkan dalam bahasa lain?

Kursus ini pada masa kini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris dan kami sedang berusaha untuk menawarkannya dalam bahasa lain.