Jump to Content

Google Prompting Essentials

prompting-essentials-hero.webp
Sedia untuk memanfaatkan AI? Google Prompting Essentials akan mengajar anda cara mereka bentuk gesaan yang berfungsi dalam 5 langkah mudah. Ketahui cara AI dapat membantu anda menjimatkan masa apabila melakukan tugas kompleks, menganalisis data dan meringkaskan maklumat.

Temukan perkara yang akan anda pelajari dalam kursus

Video preview image

Link to Youtube Video (visible only when JS is disabled)

Terokai potensi AI dengan gesaan yang berkesan

Reka bentuk gesaan yang berfungsi dalam 5 langkah mudah dan bina pustaka gesaan AI yang boleh anda gunakan dalam kerja anda.
21

Purata bilangan perkataan dalam gesaan yang berjaya. Data menunjukkan bahawa gesaan pengguna kebiasaannya lebih pendek dan mengandungi 9 perkataan atau kurang.1

<10

Jumlah jam untuk melengkapkan kursus dan memperoleh sijil.

1Berdasarkan data program Workspace Labs. Panduan Gesaan 101 Gemini untuk Google Workspace (April 2024).

prompting-essentials

Prompting Essentials

4 modul | Dalam talian sepenuhnya

Pengenalan
Kursus

Pengenalan

Dengan hanya menjalani pembelajaran mengikut kemampuan sendiri tidak sampai 10 jam, anda akan mengetahui cara mereka bentuk gesaan yang berkesan dalam 5 langkah mudah. Temukan cara menjana kandungan, menganalisis data dan meringkaskan maklumat dengan lebih pantas. Anda juga akan membina pustaka gesaan boleh guna semula, supaya jika anda memerlukan bantuan AI tentang kerja selepas ini, anda tidak melakukan gesaan dari awal.

Kursus

  • Mula menulis gesaan seperti profesional
  • Mereka bentuk gesaan untuk tugas kerja harian
  • Mempercepat analisis data dan pembinaan pembentangan
  • Menggunakan AI untuk membuat lakon peranan perbualan dan dapatkan maklum balas pakar
Bermula pada Coursera

Reka bentuk gesaan yang berfungsi

  • Dapatkan Sijil Google Prompting Essentials dan tambahkan sijil tersebut pada resume anda untuk menunjukkan kemahiran.

  • Dapatkan pengalaman amali menggunakan alat AI dan terus menggunakan kemahiran gesaan anda.

Berhubung dengan majikan

123RF
Amanz
Astro Awani
Carsome
Cloud Mile
Crestar Education
Fave
Group M
Inmagine
Jirnexu
Maybank
McDonalds
Mechanikos
Mediabrands
Monacal
Omnicom Media Group
Orius Digital
Petronas
PHD
PIXLR
Rev Media Group
Senheng
Skill Quotient
Soya Cincau
Star Media Group
Storehub
The Lorry
Play animation Pause animation

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan?

Klik pada mana-mana logo berikut untuk melawat laman web rakan kongsi biasiswa kami.

Ikuti arahan yang diberikan di laman web Women in Tech, Trainocate atau Yayasan Tunku Abdul Rahman dan hantar permohonan anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima e-mel daripada rakan kongsi kami dan anda boleh mula belajar di Coursera.

Rakan kongsi institusi pendidikan

  • eakehdlwj52zvfqoaewca7ervazimfo2-z61qgx7odi-ry6zbai8eglhjxtgwcfkctk-nv3fttz4l-nf4aluc8jtkq3e-yjnjirxn5mrww8xox9fig.webp
  • yx1elqtrnda8ayxajsu9exkecfi-0ggmulaovomew8f2bxzpqyywouic-coq2xbaoeryywyusjh1qadsureiljwo5sq7sjjrd-1u8-vx3fr6jo81qpe.webp
  • yml4uhusres6sg57pyq1jgjpw0ajufuilwbjltpglyne0i-x9pjro8ys2pogaarx20kwlu002lxpfhgl4bdw07mpwb0ccvrol-30kdlaistgk0db0z0.webp

Rakan kongsi biasiswa kerajaan & NGO

  • qwu6giapzr-5adq3rlwmfg2pyyus2qjo-x9x3fwdtwoajrxyh3j1br1rb25-m23tnj0jbb7-ciizukz2qusn6dbhwlyxmvpbtmwijfyzj-6rjv7g-9i.webp
  • m6gz9q8xnffh17dakf4rhf8fa0w-lvsqmxp0mxkvi3lpuasfzfwl9dupifla-gswnwu8yqshulasldmsx0ikqqtlveyzvo8lgyseyikauknnacb9oy.webp
  • q-y65wglxwzqtxuyxu5vij-k2ttom2c6qc98ybrqzd7iagdx8dutrapt-efrgde9gsr5ycjfzolndtgwohrdriqkqp1s3-i43jkfrxjyjtvb63gip3c.webp
  • t0swttwuwhcwakwzcthwjlkwff78au5ahm5rif-qrvtpr89tegcgwzcdomkvntpxcktvmwpfhbzyixv4uqg9qqjymqozig5ltcc5jskuokxlqfonf0g.webp
  • s3-omaaayklasxzbhgo0-5lphjj4nn42l8ssutsrgs6peigfdhyo8gtqsnspv8u2m8wkuvowe0ydeeldl669uow3xeeqi8peentkc7k1zuirxcvkhfy.webp

Rakan kongsi biasiswa organisasi

  • k3sb15e-5oidrooo7b292eut3cmhbti-o-qtq13tnimjjxjhl8rgf2ougpvnvrlawvdav0tjw4w9qs4zfjokfp4pdkre87gmpx1jouft4iciabgjlho.webp
  • 88q4vtwbse86nfsto-gdpazqkehvvmn9oljxalb-u18w3ytpyc-b5hskzcn21qukdhqy0yh4lbusehgpyeyapjzzolhfjcabapoypwosnpck0vlykk8.webp

Soalan lazim

Apakah itu gesaan? 

Gesaan ialah proses memberikan arahan kepada alat AI generatif untuk menerima maklumat baharu atau untuk mencapai hasil yang diinginkan bagi satu tugas Setiap input dipanggil ‘gesaan’. Sesetengah alat AI generatif menjana teks atau imej, sementara alat AI generatif lain menjana video, audio atau kod.

Mengapakah saya perlu mengetahui cara melakukan gesaan?

Tindakan melakukan gesaan – atau memberikan arahan kepada AI – ialah kunci untuk mendapatkan lebih banyak manfaat AI. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari cara melakukan gesaan dalam 5 langkah mudah, yang akan membantu anda menjimatkan masa dan meringkaskan tugas kompleks. Selain itu, mengetahui cara melakukan gesaan boleh memberi anda kelebihan berdaya saing kerana kemahiran AI dapat digunakan merentas pelbagai industri.

Mengapakah harus mendaftar dalam Google Prompting Essentials?

Google Prompting Essentials diajar oleh pakar AI di Google yang berusaha menjadikan teknologi berguna untuk semua orang. Dalam masa kurang daripada 10 jam, anda akan mempelajari cara melakukan gesaan secara berkesan dan membuat AI berfungsi untuk anda. Kursus ini mengandungi video dan bacaan yang menarik dan anda akan dapat melatih kemahiran gesaan anda dalam aktiviti amali. Apabila anda mara dalam kursus ini, anda akan membina pustaka gesaan boleh guna semula, supaya apabila anda memerlukan bantuan daripada AI selepas ini, anda tidak perlu melakukan gesaan dari awal.

Kursus yang mengikut kemampuan sendiri ini direka bentuk untuk dimuatkan dalam jadual yang sibuk dan kemahiran yang diajar dapat digunakan merentas mana-mana alat atau model AI generatif. Anda tidak memerlukan sebarang pengalaman penulisan teknikal atau gesaan untuk bermula! Selepas anda melengkapkan kursus, anda akan memperoleh sijil daripada Google untuk dikongsi dengan rangkaian kenalan dan bakal majikan anda.

Untuk siapakah Google Prompting Essentials ini?

Kursus ini untuk semua orang! Sama ada anda berminat menggunakan AI untuk kali pertama atau pernah menggunakan AI sebelum ini, kursus ini akan membantu anda menjimatkan masa dan meringkaskan tugas. Dalam masa kurang daripada 10 jam, anda akan mempelajari cara membuat AI berfungsi untuk anda, tiada pengalaman diperlukan.

Teknik gesaan apakah yang diajar dalam kursus ini?

Dalam kursus ini, anda akan mempelajari beberapa teknik gesaan yang boleh digunakan dengan sebarang alat atau model AI generatif. Teknik ini termasuk:

  • Rangka kerja gesaan 5 langkah
  • 4 kaedah lelaran utama
  • Gesaan teks kepada teks dan teks kepada imej
  • Gesaan berbilang modal
  • Gesaan sikit-sikit
  • Gesaan berantai

Anda akan melakukan beberapa siri aktiviti amali, pembacaan, kuiz dan video pendidikan yang diajar oleh pakar AI di Google yang akan meningkatkan pemahaman anda tentang teknik ini, yang akan membantu anda menggesa AI secara berkesan dan membuat AI berfungsi untuk anda. Anda juga akan memperoleh akses kepada kandungan temu bual bonus dengan peneraju industri daripada Google.

Adakah kursus ini mengajarkan metagesaan dan strategi perincian?

Ya, Google Prompting Essentials mengajarkan metagesaan. Dengan metagesaan, anda boleh meminta bantuan AI generatif mereka bentuk gesaan yang berkesan atau meningkatkan gesaan yang telah anda reka bentuk kepada tahap seterusnya. Metagesaan dilengkapi amalan terbaik tersendiri yang dipanggil sebagai strategi perincian. Strategi ini diajarkan dalam Modul 4 kursus ini.

Siapakah yang mereka bentuk Google Prompting Essentials?

Kursus ini direka bentuk oleh pakar AI di Google, yang berusaha menjadikan teknologi berguna untuk semua orang.

Apakah alat AI yang akan saya pelajari dalam Google Prompting Essentials?

Dalam kursus ini, kami akan menunjukkan cara melakukan gesaan menggunakan Gemini dan alatan Google AI yang lain, seperti Gemini untuk Google Workspace dan Google AI Studio. Walau bagaimanapun, semua teknik gesaan dan amalan terbaik yang akan anda ketahui dalam kursus ini dapat digunakan merentas alat atau model AI generatif pilihan anda.

Apakah perbezaan antara Google AI Essentials dengan Google Prompting Essentials? 

Kedua-dua kursus adalah mesra pemula dan tiada keperluan prasyarat tetapi fokus kedua-dua kursus adalah berbeza.

Google AI Essentials mengajarkan konsep dan takrif AI asas dan membincangkan kes kegunaan AI biasa untuk individu dan organisasi.

Google Prompting Essentials memberikan tumpuan kepada mengajar individu cara mengarahkan AI secara berkesan dengan mengikut 5 langkah mudah untuk membina gesaan berkesan yang membuat AI berfungsi untuk mereka.

Adakah kursus ini mengajar saya cara menjadi jurutera gesaan?

Tidak, kursus ini tidak menyediakan anda untuk pekerjaan sebagai jurutera gesaan. Walaupun Asas Gesaan akan mengajar anda asas reka bentuk gesaan serta beberapa teknik gesaan lanjutan, kursus ini tidak menyediakan anda untuk peranan khusus sebagai jurutera gesaan. Walau bagaimanapun, kursus ini mengajarkan kemahiran gesaan AI yang dapat digunakan dalam pelbagai pekerjaan merentas industri berbeza.

Bagaimanakah saya dapat memastikan Google Prompting Essentials akan mengajarkan kemahiran AI yang terkini?

Kami memahami bahawa teknologi bergerak pantas, oleh itu kami mengemaskinikan kandungan kami dengan kerap untuk memastikan kandungan itu kekal berkaitan.

Di manakah boleh saya mengakses Google Prompting Essentials?

Google Prompting Essentials tersedia pada Coursera, iaitu platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan akses kepada kursus dalam talian.

Berapakah kos Google Prompting Essentials?

Di Malaysia, kos langganan ialah $29 USD sebulan selepas tempoh percubaan 7 hari awal tanpa sebarang kos. Semua Google Career Essentials adalah mengikut kadar kendiri sepenuhnya, dan ramai pelajar menyelesaikan kursus mereka dalam tempoh satu bulan.

Di negara lain yang menyediakan Google Career Essentials, kos anda mungkin lebih rendah. Untuk melihat kos sebenar dalam mata wang tempatan anda, sila lawati halaman Coursera dan lihat pilihan pendaftaran.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyempurnakan kursus ini? 

Kursus ini mengambil masa kurang daripada 10 jam untuk disempurnakan.

Apakah prasyarat atau tahap pengalaman yang disyorkan untuk mengambil kursus ini?

Kursus ini tiada sebarang prasyarat dan anda tidak memerlukan sebarang pengalaman gesaan AI untuk bermula. Kursus ini direka bentuk untuk pemula.

Adakah terdapat sebarang peluang untuk latihan amali atau aplikasi konsep yang dipelajari dalam kursus ini?

Sepanjang kursus ini, anda akan melengkapkan aktiviti praktikal dan amali yang akan membantu anda membina kemahiran gesaan utama dapat digunakan serta-merta. Setiap aktiviti membantu anda mereka bentuk gesaan untuk menyelesaikan cabaran biasa yang mungkin anda hadapi dalam kehidupan seharian anda atau di tempat kerja. Contohnya termasuk menjana e-mel dan mendedahkan corak daripada data dengan bantuan AI. Apabila anda melengkapkan aktiviti, anda boleh menyimpan gesaan anda dan membina pustaka yang boleh anda gunakan berulang kali, supaya apabila anda memerlukan bantuan daripada AI selepas ini, anda tidak melakukan gesaan dari awal.

Apakah yang akan saya dapat apabila saya menyempurnakan kursus ini? 

Apabila anda mara dalam kursus ini, anda akan membina pustaka gesaan yang boleh digunakan semula apabila anda memerlukan bantuan daripada AI selepas ini. Anda juga akan menerima lembaran kerja dengan kesimpulan utama untuk membantu anda mengekalkan kemahiran yang baru diperoleh ini terlintas dahulu di fikiran dan mudah untuk diakses. Selain itu, setelah anda menyempurnakan kursus ini, anda akan memperoleh sijil daripada Google yang menunjukkan kecekapan anda membuat gesaan dan kebolehan anda menggunakan AI secara berkesan kepada majikan semasa dan yang baharu nanti.

Apakah perbezaan Google Career Essentials dengan Google Career Certificates?

Google Career Essentials membantu anda membina kemahiran dengan permintaan tinggi untuk mengembangkan kerjaya anda dalam masa kurang daripada 10 jam. Sama ada anda mahu menambahkan kemahiran pada resume anda, menggunakan kemahiran baharu untuk meningkatkan tahap kerja anda atau hanya mempelajari sesuatu yang baharu, kursus ini akan membantu anda memperoleh kecekapan yang bernilai dengan pantas. Apabila kursus tamat, anda akan memperoleh sijil daripada Google yang menunjukkan kecekapan baharu anda kepada majikan semasa dan akan datang.

Berbeza dengan ini, Google Career Certificates menyediakan anda untuk pekerjaan peringkat permulaan dalam bidang kerjaya tertentu seperti Keselamatan Siber, Analitis Data, Pengurusan Projek, Sokongan IT dan lain-lain. Kursus ini mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk disempurnakan.