Khairunnisa Razali | Daripada sains bioperubatan kepada analisis data dengan Gemilang
Khairunnisa Razali memegang Sijil Profesional Analisis Data Google
Siapa sangka, 10 tahun dalam bidang biomedikal membuat kajian farmaseutikal, kini dalam analisis data. Itulah yang berada dalam fikiran Khairunnisa ketika mula-mula membuat keputusan untuk mengambil kursus Sijil Profesional Analisis Data Google. Sesuatu yang benar-benar berbeza dan kini menjadi kerjaya impian beliau.
Minat saya dengan data mula berkembang pada usia awal 30-an yang mana ketika itu dunia sedang dilanda pandemik. Saya terbaca tentang kepentingan data dan bagaimana pada masa depan nanti, segalanya bakal bergantung kepada data. Saya rasakan info ini amat menarik dan mula membaca lebih lagi tentang peluang kerjaya dalam data.
Perjalanan Baharu
Saat saya ternampak iklan tentang biasiswa Sijil Profesional Analisis Data Google, saya terus memohon untuk biasiswa tersebut walaupun saya langsung tak ada pengalaman atau kemahiran coding sebelum ini. Dalam masa hanya 2 bulan, saya berjaya menghabiskan program ini!
Dengan Sijil Profesional Analisis Data Google, saya bukan sahaja belajar tentang asas analisis data, tetapi juga pengetahuan lain dan kemahiran penting seperti Spreadsheets, SQL dan R Programming. Semua yang saya pelajari ini amat penting bagi saya sebagai penganalisis data. Pengetahuan ini juga membantu saya menyediakan dan memproses data secara efektif bagi pembersihan data dan tentu sekali analisis data.
Apa yang menarik pada saya adalah bagaimana kita mampu simpulkan sesuatu hanya dengan melihat kepada nombor. Mungkin ramai yang terkejut namun data dan nombor mampu mengubah pendekatan dan solusi kepada cara kita berfikir dan menyelesaikan masalah.
Sijil Profesional Analisis Data Google juga membuka mata saya untuk menetapkan pemahaman asas yang lebih kukuh terlebih dahulu sebelum menumpukan dalam industri berbeza.
Kerjaya impian
Kini saya bekerja di Air Asia, salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di Asia dan apa yang boleh saya katakan, saya amat bersyukur saya mempunyai sijil daripada Google. Mungkin ada yang berpendapat bahawa sijil tidak menjamin apa-apa, tetapi bagi saya ia semestinya menjadi satu batu loncatan untuk mencapai matlamat kerjaya. Dengan melatih diri menggunakan kemahiran yang ada, saya jadi lebih fokus dan cekap untuk kuasai bidang yang saya terokai. Saya juga semakin bersemangat ingin memperbaiki prestasi diri terutamanya dalam bidang yang saya tumpukan.
Harapan Khairunnisa
Secara jujurnya saya gembira Google menyediakan kursus-kursus yang bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan pengetahuan asas seperti analisis data, tetapi golongan yang sering dipandang sepi seperti kaum wanita dalam teknologi. Saya boleh kaitkan diri saya dengan perkara begini kerana saya juga pernah lalui situasi apabila jurang antara lelaki dan wanita agak jauh beza. Dengan menyediakan kursus sedemikian, ini membuka peluang lebih luas kepada golongan wanita untuk tetap bekerja dengan fleksibel dalam bidang data.
Saya berharap lebih ramai orang akan menyertai kursus yang disediakan oleh Google. Seperti baru-baru ini, Google telah melancarkan dua sijil lanjutan baharu iaitu Sijil Risikan Perniagaan dan Sijil Profesional Analisis Data Lanjutan. Melihatkan betapa banyaknya kemajuan yang dah saya kecapi, saya tak sabar nak lihat lebih banyak kemahiran yang akan saya pelajari.
Ingin tahu lebih lanjut tentang analisis data atau kursus Google yang lain? Klik SINI.
Khairunnisa Razali memegang Sijil Profesional Analisis Data Google