Muhammad Zul Aiman | Kembangkan kerjaya Penganalisis Data melalui pengetahuan asas yang lebih kukuh
Muhammad Zul Aiman mempunyai Sijil Penganalisis Data Google dan kini bekerja sebagai penganalisis data
Minat berputik:
Saya bermula sebagai pembantu penyelidik yang memerlukan saya banyak membuat penyelidikan, menulis journal, penyelidikan akademik dan secara perlahan-lahan saya mula sedar yang saya berminat dengan analisis data. Tambahan pula, sebagai seorang yang suka belajar tentang benda baharu secara bersendiri, saya mengambil inisiatif untuk mengambil kursus online data analisis di platform seperti Udemy, Coursera dan YouTube. Namun, saya dapati kursus online seperti ini tidak mempunyai panduan yang sistematik dan tidak cukup komprehensif untuk saya belajar lebih mendalam. Bagi seseorang yang berinisiatif untuk belajar sendiri, semua ini amat penting. Satu yang menarik ingin saya kongsi adalah, saya mula tertarik dengan program Pensijilan Kerjaya Google selepas terlihat Tina Huang bercakap tentangnya di Coursera.
Ingin kembangkan lagi kemahiran:
Inilah yang menjadi sebab utama saya mengambil program Pensijilan Kerjaya Google. Selepas membuat beberapa pembacaan, saya dapati terdapat ulasan positif mengenai program ini dan menguatkan lagi hasrat saya untuk mengembangkan kemahiran dan data analisis. Memandangkan kursus ini baru saja dilancarkan dan mendapat sambutan hangat di luar negara, saya mahu menjadi antara yang pertama (pioneer) dalam program ini. Saya dapat rasakan peluang yang tersedia adalah lebih luas melihatkan saya ada kemahiran yang orang lain tak ada. Antara sebab lain saya memilih program Pensijilan Kerjaya Google adalah para pelatihnya. Jika dibandingkan dengan kursus lain, hanya seorang pelatih atau tutor yang akan mengajar sepanjang 8 modul. Namun di program Pensijilan Kerjaya Google, setiap topik atau modul dikendalikan oleh pelatih yang mempunyai kemahiran berbeza dan tersendiri namun berasal dari latar belakang analisis data. Sebagai contoh, terdapat juga pelatih yang merupakan pengurus atau direktor dari organisasi berlainan tetapi bermula dari analisis data. Ini membuatkan proses pembelajaran itu lebih menarik, mendengarkan perkongsian pengalaman yang berbeza daripada mereka.
Tentu sekali saya mempunyai cabaran yang perlu dihadapi. Pada saya, cabaran utamanya adalah bagi saya untuk kekal berdisiplin. Memandangkan ini kursus profesional pertama saya, maka saya meletakkan harapan yang tinggi untuk lulus. Dengan Pensijilan Kerjaya Google, saya perlu membayar pendaftaran kursus ini menggunakan wang sendiri. Oleh itu, saya melaburkan masa selama 4 bulan dan wang yang banyak untuk memastikan saya berjaya melengkapkan kursus ini.
Peluang terbuka luas:
Kursus ini amat membantu saya lebih fokus dalam pengetahuan asas analisis data. Bila saya mempunyai pengetahuan asas yang lebih kukuh, saya menjadi lebih yakin untuk meluaskan lagi kemahiran dalam analisis data. Berbeza dengan tempat saya bekerja sebelum ini yang tidak terlalu berat ke arah data jadi jawatan saya analisis data hanya untuk membantu menjalankan tugas. Tetapi selepas saya mendapat sijil dalam program Pensijilan Kerjaya Google, saya lebih memahami betapa pentingnya analisis data kepada syarikat dan boleh menyumbangkan lebih skil saya. Jika dulu saya perlukan seminggu untuk siapkan tugasan analisis, kini saya hanya perlukan 2, 3 hari sahaja.
Kursus ini turut membantu saya dengan persiapan dalam kerjaya seperti menulis resume dan persediaan temu duga. Sekaligus membuka peluang kerjaya yang lebih luas. Sebagai contoh, sejurus selepas saya berjaya mendapat sijil dalam program Pensijilan Kerjaya Google, saya kongsikan sijil ini di dalam LinkedIn dan berjaya mendapat tawaran kerja daripada beberapa orang perekrut. Pendek kata saya amat gembira dengan pencapaian saya kini, lagi-lagi bila pendapatan saya juga bertambah 20% seiring dengan kemahiran saya.
Aiman Kata:
Bagi saya, jika anda ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam industri ini, ambil sahaja peluang yang ada. Terdapat pelbagai kursus yang disediakan dan saya pasti anda akan mendapat pengalaman bermakna. Kursus-kursus yang disediakan Google kebiasaannya amat interaktif dengan pelbagai video, latihan dan kuiz digunakan sepanjang tempoh kursus ini.
Berminat untuk menjadi penganalisis data? Daftar untuk Sijil Profesional Analisis Data Google hari ini. Ketahui lebih lanjut di SINI.
Muhammad Zul Aiman mempunyai Sijil Penganalisis Data Google dan kini bekerja sebagai penganalisis data