Siti Fatimah Ibrahim | Dari Jururawat ke Penganalisis Sistem
Siti Fatimah memegang kedua-dua Sijil Analitis Data Google dan Sijil Perisikan Perniagaan Google. Dia kini bekerja sebagai penganalisis sistem.
Sebelum ini, saya berkerja sebagai jururawat selama 11 tahun. Namun, saya tak sangka pula minat saya dalam menganalisis data membuka pintu karier kepada kerjaya saya sebagai Penganalisis Sistem.
Dengan inisiatif sendiri, saya belajar Java Script dan Automation melalui YouTube untuk membantu membina sistem kerja yang lebih efektif dan berjaya meningkatkan produktiviti hingga 90%. Ini menambah semangat saya untuk belajar lebih lanjut tentang Analisis Data, lagi-lagi saya berjaya mendapat biasiswa Trainocate dan melengkangkapkan Sijil Profesional Analisis Data Google.
Melalui kursus ini dan sokongan rakan-rakan dalam ‘Google Support Group WhatsApp’ saya lebih memahami selok-belok Analisis Data. Jika sebelum ini saya hanya tahu ‘bagaimana’, tapi kini saya lebih tahu ‘mengapa’. Ini membantu saya menjadi lebih yakin untuk mencuba tugasan yang lebih berat dan menggalas tanggungjawab lebih besar.
Ketika pandemik Covid-19, menggunakan pengetahuan dalam analisis data, saya berjaya meningkatkan pembelajaran dalam talian agar lebih sistematik dan pendaftaran pesakit menjadi lebih teratur. Tidak lama kemudian, berbekalkan pengalaman dalam industri kesihatan dan juga kebolehan saya dalam analisis data, saya beralih kerjaya sebagai Pengurus Klinik yang mana memerlukan saya berkomunikasi dengan developer dan pihak-pihak berkepentingan syarikat. Bagi memastikan proses ini berjalan lancar, saya mengambil Sijil Profesional Pengurusan Projek Google dan ternyata ia amat membantu.
Dengan potensi dan kemahiran saya dalam Pengurusan Projek, bakat saya disedari oleh Pengarah Pengurusan. Beliau menawarkan peluang pekerjaan yang amat berbeza daripada kerjaya saya sebelum ini. Dari situlah saya memulakan kerjaya sebagai Penganalis Sistem. Itulah kata orang, kalau rezeki tidak ke mana. Di sini, saya mula mengambil Sijil Profesional Strategi Perniagaan Google untuk memahami lebih lanjut tentang projek-projek yang saya uruskan. Pada saya sijil ini benar-benar membantu saya dalam mencadangkan idea kepada Kementerian Kesihatan dan antarabangsa kerana saya lebih memahami prospek perniagaan syarikat saya.
Sejujurnya perjalanan kerjaya saya ini tak pernah langsung terlintas di kepala. Ramai menyangka mengambil kursus luar dari bidang kerjaya hakiki merupakan sesuatu yang sia-sia dan buang masa. Tapi tidak bagi saya kerana kemahiran ini menambah nilai dalam perjalanan karier saya. Siapa sangka, saya menjadi lebih yakin untuk keluar dari zon selesa dan berjaya belajar benda baharu yang ternyata menemukan saya dengan pekerjaan yang saya minati.
Jika saya seorang ibu dan bekerja sebagai jururawat mampu lakukan ini, apatah lagi anda semua? Tak rugi kita melabur masa, tenaga, dan wang demi pengetahuan baharu. Saya harap kisah saya ini memberi inspirasi kepada mereka yang tercari-cari peluang menambah pendapatan dan pengetahuan lain.
Berminat untuk kembangkan lagi kerjaya anda? Daftar untuk Sijil Profesional Analisis Data Google hari ini. Ketahui lebih kursus lain di SINI.
Siti Fatimah memegang kedua-dua Sijil Analitis Data Google dan Sijil Perisikan Perniagaan Google. Dia kini bekerja sebagai penganalisis sistem